RAKYAT Malaysia – termasuk kalangan pelajar perlu memahami perbezaan antara negara Israel, fahaman Zionis, bangsa Yahudi dan agama Judaisma sebelum bertindak dalam usaha membela nasib rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

Mereka juga perlu mengkaji dan memahami tindakan Hitler semasa Perang Dunia Kedua yang bertanggungjawab membunuh berjuta-juta warga Eropah kalangan kaum Yahudi dan bangsa gypsy Romani demi menegakkan fahaman sosialis kebangsaan (National Socialist) pegangan parti Nazi.

Satu dunia – umat Islam tidak terkecuali, mengutuk peristiwa pembunuhan kejam `holacaust’ Perang Dunia kedua yang mengorbankan berjuta-juta nyawa kaum Yahudi dan gypsy Romani demi menegakkan bangsa dan fahaman Nazi yang tulen.

Ideologi Nazi yang direka Hitler mempromosi ketulen kaum Aryan kulit putih berambut perang dan mata biru dimana bangsa lain terutama yang berkulit hitam sebagai tidak bertamaddun.

Menurut Pengerusi BDS Malaysia, Prof Nazari Ismail bukan semua Yahudi menganut Judaisme dan bukan semua bangsa Yahudi bersetuju atau menyokong fahaman Zionisme. Tambahnya lagi, ramai kalangan bangsa Yahudi sama ada di dalam negara Israel dan kalangan diaspora Yahudi di United Kingdom dan Amerika menentang tindakan haram Israel / Zionis menekan rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

“Mereka tegas menentang fahaman Zionisme dan menentang polisi penempatan haram Israel serta pengwujudan tak ubah apartheid bagi rakyat Arab di kalangan warga Israel,” katanya.

Prof Nazari Ismail

Ekoran tindakan seorang graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang memberi tabik Hitler (Nazi salute) sewaktu majlis konvokesyen baru baru ini, BDS mengeluarkan kenyataan mengutuk segala bentuk sokongan terhadap kezaliman yand dikaitkan dengan peristiwa `holocaust' tersebut.

Tambah Prof Nazari, BDS Malaysia mengutuk tindakan dan kata-kata graduan berkenaan

“Kami membenci dan menolak apa jua bentuk tindakan dan kata-kata yang berbaur perkauman dan anti-Semitisme.

Sikap perkauman dan anti-Semitisme tidak mempunyai tempat di dalam perjuangan kita untuk membebaskan Palestin, “ katanya.

Graduan UMS itu mencetuskan kontroversi apabila melakukan tabik ala Nazi selepas mengambil skrol ijazah dalam Majlis Konvensyen UMS pada Sabtu.

Walaupun graduan itu bertindak demikian demi menyuarakan bantahannya terhadap penindasan yang melampau dilakukan regim Zionis Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza dan Tebing Barat, menggunakan simbol dan aksi era Nazi tidak wajar diteladani.

Gambar aksi jeleknya itu dikongsi melalui laman Facebook tetapi kini sudah dipadam.

Berikut kenyataan penuh BDS:

Kenyataan BDS

Sementara itu, kempen pilihanraya Britain turut melibatkan isu konflik Arab-Israel dan pembelaan nasib rakyat Palestin.

Parti Buruh dibawah pimpinan Jeremy Corbin teruk dikutuk oleh sebahagian kepemimpinan masyarakat Yahudi berhaluan kanan kerana pandangannya yang mengambil kira nasib malang rakyat Palestin.

Namun, ramai juga kalangan masyarakat Yahudi di United Kingdom yang menyokong dan membela tindakan Corbin – manifestasi kewujudan pelbagai sudut pandangan tentang sokongan mahupun bangkangan terhadap isu Arab-Israel.