awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Sayu dengar jeritan ayah minta tolong'

Sinar Harian
Sinar Harian
23/07/2021
05:07 MYT
'Sayu dengar jeritan ayah minta tolong'
Shabilah berkata, dia menyedari kejadian itu setelah terdengar jeritan ibunya dari rumah bersebelahan yang meminta pertolongan untuk padamkan api. - Foto JBPM
KAMPAR: Seorang wanita berasa sedih dan terkilan apabila tidak mampu menyelamatkan ayah tirinya yang ditemukan maut dalam kebakaran membabitkan tiga rumah di Kampung Padang Tembak di sini pada Khamis.
Saksi, Shabilah Mohamed Musa, 47, berkata, dia menyedari kejadian itu setelah terdengar jeritan ibunya dari rumah bersebelahan yang meminta pertolongan untuk padamkan api.
"Saya masuk rumah ternampak percikan api bermula dari siling di bilik dan ayah pula menjerit minta tolong selamatkannya kerana dia lumpuh.
"Tanpa berfikir panjang, saya terus tarik katil ayah hingga ke depan pintu. Ketika itu ibu sudah sesak nafas dan pengsan di depan rumah. Saya tidak mempunyai kudrat kuat telah keluar untuk minta pertolongan jiran-jiran pula," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini pada Jumaat.
Kebakaran Tiga Rumah | Lelaki rentung, isteri sesak nafas
Menurutnya, dia kemudiannya berlari masuk ke rumahnya setelah menyedari suami dan anak lelaki berusia 22 tahun masih lagi nyenyak tidur.
"Apabila berjaya menggerakkan mereka, kami cuba masuk semula untuk dapatkan ayah namun, tidak sampai beberapa minit api sudah terlalu marak membakar rumah.
"Saya berasa terkilan kerana tidak dapat selamatkan dia sedangkan ayah sudah dekat dengan pintu," katanya.
Dalam kejadian itu, kediaman Shabilah musnah 80 peratus menyebabkan mereka tujuh sekeluarga turut hilang tempat tinggal. Disyorkan artikel ini: • Tiga maut dalam kebakaran kilang di Bangladesh• Lelaki rentung dalam kebakaran rumah teres• Nyaris tertinggal anak dalam kebakaran
"Walaupun tidak sempat selamatkan ayah dan lain-lain, saya bersyukur apabila suami dan lima anak tidak apa-apa dalam kejadian ini. Mereka sempat melarikan diri.
"Semua barangan termasuk dokumen peribadi dan telefon bimbit musnah. Setakat ini, anak-anak tumpang rumah saudara berdekatan," katanya.
Kata Shabilah, keluarganya kini memikirkan untuk mengurus pengebumian ayah tiri itu selepas selesai jalani semua prosedur di hospital.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN: 'Sayu dengar jeritan ayah minta tolong'
Topic Berkaitan
#kebakaran
#Kampar
#rentung
#sesak nafas
#bomba
#Balai Bomba dan Penyelamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan