awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Scam' jual beli produk kecantikan, ibu dan dua anak perempuan ditahan

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
30/08/2021
10:11 MYT
'Scam' jual beli produk kecantikan, ibu dan dua anak perempuan ditahan
Superitenden Elias Omar memaklumkan, ketiga-tiga wanita terbabit ditahan di sekitar Pendang dan Alor Setar pada 17, 18 dan 22 Ogos lalu. - Foto ihsan PDRM
ALOR SETAR: Seorang wanita berusia 53 tahun bersama dua anak perempuannya masing-masing berusia 31 dan 28 tahun ditahan polis selepas dipercayai menjadi dalang kepada kes penipuan jual beli barang dalam talian.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Superitenden Elias Omar memaklumkan, ketiga-tiga wanita terbabit ditahan di sekitar Pendang dan Alor Setar pada 17, 18 dan 22 Ogos lalu.
Menurut beliau, ia selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang ditipu dalam urusan jual beli produk kecantikan, serta pelawaan untuk menjadi rakan kongsi perniagaan dan 'showroom' produk kecantikan jenama sendiri yang tidak wujud di laman sosial Instagram.
Tambahnya, kesemua yang ditahan itu dipercayai telah menjalankan aktiviti berkenaan sejak tahun 2018.
Beliau turut mengesahkan bahawa dengan penangkapan ketiga-tiga suspek itu, pihak polis berjaya menyelesaikan 14 kes penipuan yang menggunakan modus operandi yang sama.
Sehubungan itu, Elias menasihatkan kepada mangsa-mangsa yang lain yang turut ditipu dengan ketiga-tiga suspek itu agar segera tampil untuk membuat laporan polis.
Polis Kedah turut mengingatkan kepada orang orang ramai supaya tidak terpedaya dengan tawaran jualan barangan secara dalam talian terutama membabitkan penawaran harga yang rendah.
Semakan awal terhadap kesahihan maklumat yang diterima juga boleh dibuat di http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ atau melalui aplikasi Check Scammer CCID yang boleh dimuat turun melalui Play Store dan App Store.
Selain itu, orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat dan mengetahui modus operandi jenayah komersil terkini melalui laman Facebook rasmi Cyber Crime Alert RMP, JSJKPDRM, serta JSJK Kedah.
Topic Berkaitan
#scam
#kes penipuan
#jual beli barang
#produk kecantikan
#dalam talian
#Polis Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan