awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebab potong 'Q' seorang lelaki dibelasah

Fareez Azman
Fareez Azman
21/06/2019
11:57 MYT
Sebab potong 'Q' seorang lelaki dibelasah
Mangsa insiden pergaduhan mengalami kecederaan pada bahagian muka dan badan selain patah pergelangan tangan. - Gambar media sosial
Suspek utama kejadian pergaduhan membabitkan dua individu di Jalan Dataran Cheras 2, Cheras pada Khamis ditahan hari ini.
Menurut Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, suspek yang berusia 44 tahun itu ditahan sekitar pukul 4.20 petang Jumaat di Batu 9 Cheras.
Suspek yang mengaku terlibat dalam kes berkenaan mendakwa, insiden itu berpunca daripada rasa tidak puas hatinya terhadap mangsa yang cuba memotong barisan semasa keluar simpang jalan.
Sehubungan itu, Ahmad Dzaffir berkata, suspek akan disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, pemeriksaan di Hospital Kajang mendapati, mangsa pergaduhan berkenaan mengalami kecederaan pada bahagian muka dan badan serta patah pergelangan tangan kanan.
Mangsa juga difahamkan mengalami keretakan pada tulang muka dan hidung akibat dipukul oleh suspek.
Sementara itu, pihak polis juga, kata Ahmad Dzaffir, belum menerima sebarang laporan daripada mangsa yang terlibat.
Bagaimanapun, satu laporan dibuat oleh anggota Balai Polis Tun Hussien Onn selepas menerima rakaman berkenaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 323/160 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencederakan dan gaduh gempar.
Topic Berkaitan
#Cheras
#pergaduhan
#Seksyen 325 Kanun Keseksaan
#suspek
#Suspek utama insiden pergaduhan di Cheras ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan