awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebahagian Jalan Grogo, Bau-Lundu runtuh

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
16/01/2021
06:49 MYT
Sebahagian Jalan Grogo, Bau-Lundu runtuh
Kes tanah runtuh ini sudah mendapat makluman pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bau dan JKR Sarawak. - Foto Astro AWANI
BAU:Orang ramai dinasihatkan berhati-hati ketika melalui Jalan Grogo, Bau-Lundu susulan kejadian tanah runtuh yang meranapkan sebahagian daripada jalan dua hala tersebut.
Ekoran itu, kesesakan jalan raya berlaku di sepanjang tiga kilometer dari kedua-dua arah.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep, kejadian tanah susur itu disedari bermula pada 13 Januari lalu.
"Pergerakkan tanah itu disedari empat hari lalu sehingga hari ini bencana itu semakin teruk dengan keadaan cuaca hujan berterusan dan mengakibatkan tanah runtuh berlaku.
"Bagaimanapun kerja-kerja baik pulih sedang dilaksanakan dengan segera melibatkan pihak bertanggungjawab antaranya Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Telekom Malaysia, dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB)," katanya semasa dihubungi Astro AWANI hari ini.
Keadaan sebahagian Jalan Grogo, Bau-Lundu yang ranap akibat tanah runtuh.
Keadaan sebahagian Jalan Grogo, Bau-Lundu yang ranap akibat tanah runtuh.
Henry turut menasihatkan pengguna jalan raya untuk berhati-hati ketika melalui jalan tersebut terutama ketika waktu malam.
"Saya juga menasihatkan agar pemandu kenderaan berat seperti lori tidak menggunakan jalan tersebut kerana struktur tanah yang masih tidak selamat," tambahnya.
Kes tanah runtuh ini sudah mendapat makluman pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bau dan JKR Sarawak.
Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau Tawang Lingem ketika dihubungi berkata, pihaknya akan berada di tempat kejadian sekiranya berlaku kecemasan.
Keadaan separuh Jalan Grogo, Bau-Lundu yang ranap akibat tanah runtuh.
Keadaan separuh Jalan Grogo, Bau-Lundu yang ranap akibat tanah runtuh.
Topic Berkaitan
#Jalan Grogo
#Bau-Lundu
#tanah runtuh
#kesesakan jalan raya
#ADUN Tasik Biru
#Henry Harry Jinep
#banjir
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan