awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebahagian kawasan Port Dickson alami gangguan bekalan air susulan hujan lebat

Bernama
Bernama
20/10/2021
16:05 MYT
Sebahagian kawasan Port Dickson alami gangguan bekalan air susulan hujan lebat
Sebahagian kawasan di Port Dickson pada masa ini mengalami gangguan bekalan air berikutan penurunan pengeluaran bekalan air terawat di Loji Rawatan Air Sungai Linggi disebabkan hujan lebat petang tadi. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Sebahagian kawasan di Port Dickson pada masa ini mengalami gangguan bekalan air berikutan penurunan pengeluaran bekalan air terawat di Loji Rawatan Air Sungai Linggi disebabkan hujan lebat petang tadi.
Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains), Norzita Ismail dalam kenyataan malam ini memaklumkan keadaan itu juga telah mengakibatkan kenaikan paras air sungai serta kualiti air mentah menurun.
"Sains memohon maaf atas kesulitan ini dan orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman sesawang www.sainswater.com atau hubungi 1800886982," katanya.
Dalam perkembangan lain, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Mohd Syukri Md Nor berkata seramai sembilan mangsa membabitkan sebuah keluarga di Kampung Tanjung, Nilai dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mohd Said, selepas kediaman mereka dinaiki air dalam kejadian banjir kilat yang berlaku petang tadi.
"PPS itu mula dibuka pada 7.30 malam tadi namun ada keluarga yang berpindah ke kediaman saudara-mara jadi jumlah yang menetap di PPS setakat ini hanya melibatkan sembilan mangsa sahaja setakat 10.30 malam ini," katanya.
Katanya, di Kampung Pedas, Rembau pula seramai lima mangsa daripada tiga keluarga terdiri empat wanita dan seorang lelaki dipindahkan ke kediaman keluarga mereka yang terdekat.
"Kesemua mereka dikeluarkan dari rumah masing-masing kira-kira 7 malam tadi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan air
#Port Dickson
#Loji Rawatan Air Sungai Linggi
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan