awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebahagian laluan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ditutup mulai Selasa

Bernama
Bernama
21/04/2024
01:45 MYT
Sebahagian laluan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ditutup mulai Selasa
Pengguna boleh menghubungi Hotline JKSB di talian 1-300-30-2828 untuk mendapatkan maklumat trafik atau bantuan apabila berlaku kecemasan.
BATU KAWAN: Sebahagian laluan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS) akan ditutup dari KM12.5 sehingga KM18.5 bermula Selasa hingga Khamis ini bagi kerja-kerja pemeriksaan kabel.
Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) memaklumkan penutupan itu bermula 9 pagi hingga 5 petang sepanjang tiga hari dan laluan kontra akan diaktifkan sepanjang penutupan kawasan berkenaan.
"Penutupan sementara itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemeriksaan kabel di rentang utama dan akan beroperasi seperti biasa selepas tamat pemeriksaan tersebut," menurut hantaran di Facebooknya hari ini.
Sehubungan itu, JKSB menasihati orang ramai supaya mematuhi semua papan tanda dan arahan yang diberikan serta pihaknya mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua pengguna lebuh raya.
Pengguna juga boleh menghubungi Hotline JKSB di talian 1-300-30-2828 untuk mendapatkan maklumat trafik atau ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
#kerja pemeriksaan kabel
#jambatan ditutup
#Jambatan Kedua Pulau Pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan