"Ibu Adam tidak mahu naik ambulans, beliau hendak pangku sendiri anaknya sepanjang perjalanan daripada Kuala Lumpur hingga ke Kuala Terengganu."
Demikian menurut Nadia Mohd Fauzi, kakak ipar kepada Farrah Madihah Othman iaitu ibu Adam Rayqal Mohd Sufi, bayi berusia lima bulan yang ditemukan mati di rumah pengasuh di Taman Nahkoda, Batu Caves, Selangor.
Farrah Madihah menaiki kereta sendiri dengan ditemani suaminya Mohd Sufi Naief Mohd Fauzi beredar dari Kuala Lumpur kira-kira 3 petang tadi dan mengambil masa kira-kira enam jam untuk tiba di sini.
Menurut Nadia, sepanjang perjalanan itu rangkulan terakhir akan menjadi kenangan abadi Farrah Madihah apatah lagi Adam ialah anak pertama pasangan itu.
BACA: Adam Rayqal alami pendarahan dalaman di otak, retak tempurung kepala
"Farrah tidak mahu menaiki ambulans kerana mahu mendakap anaknya lama-lama buat kali terakhir. Menurut ibu, dia (Farrah) masih trauma tetapi dapat menerima kehilangan anaknya," katanya ketika ditemui Bernama di Chendering di sini, hari ini.
Semua anggota keluarga masih terkejut dan trauma dengan pemergian Adam Rayqal kerana arwah adalah cucu pertama dalam keluarga mereka, katanya.
Menurut Nadia, arwah Adam Rayqal begitu disayangi oleh semua anggota keluarganya kerana kehadirannya menceriakan suasana rumah yang sudah lama tidak kedengaran suara anak kecil.
"Sepanjang Ramadan lalu Adam Rayqal tinggal bersama kami dan dia menceriakan suasana rumah. Kami semua bergilir menjaganya dan adakala keluarga Farrah akan datang menjenguknya di rumah kami.
"Selepas mendapat panggilan daripada Sufi petang semalam mengatakan Adam Rayqal diculik kami semua sudah tidak sedap hati," katanya.
Sementara itu, jiran sekampung yang mengenali Farrah Madihah turut menzahirkan rasa simpati dengan kejadian yang menimpa pasangan itu.
Seorang daripadanya yang hanya mahu dikenali sebagai Rosliza berkata beliau sempat melihat kelibat bayi itu pada hari raya lalu di rumah keluarga Farrah Madihah.
"Biasanya kita lihat keadaan (kejadian) ini di tempat lain dan hanya dalam lakonan dalam cerita jenayah tetapi hari ini terkejut apabila dapati mayat bayi dalam peti sejuk itu adalah bayi yang baru sahaja dilihat beberapa minggu lalu," katanya ketika ditemui Bernama.
Sementara itu, tinjauan Bernama sejak pagi tadi mendapati rumah keluarga Farrah Madihah masih kosong dan tiada anggota keluarga berkumpul di situ dan dimaklumkan mayat mangsa akan tiba di rumah keluarga Mohd Sufi di Chendering pada kira-kira pukul 8 malam ini sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Tok Pelam, Ladang, di sini.
Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dijangka turut hadir di pengebumian itu.
Malam tadi, media sosial digemparkan dengan berita Adam Rayqal diculik oleh seorang lelaki menyamar sebagai bapanya namun akhirnya mayat Adam Rayqal ditemukan di ruang sejuk beku peti sejuk di rumah pengasuhnya, pada kira-kira 11 malam Selasa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 04 2018
Farrah Madihah menaiki kereta sendiri dengan ditemani suaminya Mohd Sufi Naief Mohd Fauzi beredar dari Kuala Lumpur kira-kira 3 petang tadi.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
Pengasuh Adam Rayqal didakwa
Pengasuh Adam Rayqal Mohd Sufi, bayi berusia lima bulan yang ditemui mati di dalam peti sejuk didakwa di mahkamah sesyen di sini, hari ini, atas dua tuduhan.
Polis mohon sesiapa ada maklumat kes bunuh Adam Rayqal tampil bantu siasatan
Buat masa ini, siasatan lanjut masih dijalankan namun pelbagai cerita tersebar termasuk Adam Rayqal dikatakan 'digoncang' sebelum dihentak di kepala oleh suspek belum pasti kesahihannya.
Sebak, ibu mahu pangku Adam Rayqal dan enggan naik ambulans
"Ibu Adam tidak mahu naik ambulans, beliau hendak pangku sendiri anaknya sepanjang perjalanan daripada Kuala Lumpur hingga ke Kuala Terengganu."