awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebanyak 18,740 unit kuarters guru tidak didiami

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
15/03/2023
04:40 MYT
Sebanyak 18,740 unit kuarters guru tidak didiami
Lim Hui Ying memberitahu, Kementerian Pendidikan telah melantik perunding supaya menjalankan kajian bagi mengoptimumkan penggunaan kuarters guru. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) mendedahkan sejumlah 18,740 unit kuarters guru milik KPM kosong dan tidak diduduki setakat ini.
Sehubungan itu, Timbalan Menterinya, Lim Hui Ying berkata, KPM telah melantik perunding supaya menjalankan kajian bagi mengoptimumkan penggunaan kuarters berkenaan.
Kajian itu katanya, dijangka selesai pada akhir bulan depan.
"Skop kajian adalah merangkumi cadangan penyelesaian bagi mengoptimumkan kuarters kosong di seluruh negara dan kita menjangkakan kajian ini selesai pada akhir bulan depan," katanya di Dewan Rakyat di sini, pada Rabu.
Beliau berkata demikian kepada soalan Young Syefura Othman (PH-Bentong) berhubung jumlah kuaters guru yang ada dan perancangan untuk baik pulih serta menyelenggara kuarters guru yang uzur.
Dalam perkembangan yang sama, menjawab soalan tambahan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) mengenai cadangan untuk mewajibkan guru untuk tinggal di kuarters berkenaan daripada membiarkan kuarters berkenaan kosong, Hui Ying berkata, antara sebab utama guru tidak berminat untuk menetap di kuarters berkenaan adalah kerana jarak antara kuarters dan sekolah yang jauh.
"Kebanyakan lokasi adalah tidak berdekatan dengan sekolah, maka guru-guru berkenaan mengambil keputusan untuk tidak tinggal di kuarters yang disediakan KPM," katanya.
Beliau menambah, secara keseluruhan, sejumlah 47,947 unit kuaters guru milik KPM terdapat di di Malaysia dengan 29,207 unit berpenghuni.
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#Dewan Rakyat
#kuarters guru
#Kajian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan