KUALA LUMPUR: Sebanyak 213 menara komunikasi baharu daripada 864 menara yang dirancang untuk dibina dan beroperasi di bawah Projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Sarawak telah siap dibina setakat suku kedua tahun ini.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata pada masa yang sama sejumlah 3,689 daripada 3,735 pemancar juga siap dinaik taraf, manakala 106,331 daripada 207,135 premis tersedia dengan capaian gentian optik.
Selain itu, katanya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) juga mengguna pakai teknologi satelit bagi memperluaskan liputan internet terutamanya di kawasan pedalaman dengan 523 lokasi telah menikmati perkhidmatan internet melalui satelit yang dikenali sebagai Broadband Wireless Access (BWA).
"Setakat suku kedua 2023, peratusan liputan 4G di kawasan berpenduduk di Sarawak telah mencapai 87.52 peratus. Baki daripada setiap inisiatif tersebut dijangka siap secara berperingkat menjelang penghujung 2025," katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan) yang ingin tahu pelaksanaan JENDELA di Sarawak dan jangkaan projek siap sepenuhnya termasuk di kawasan Parlimen Igan.
Teo berkata bagi kawasan Parlimen Igan, sebanyak tujuh daripada 14 menara baharu telah siap dan beroperasi, selain kesemua 50 stesen pemancar yang dirancang untuk dinaik taraf telah siap sepenuhnya.
Bagi perkhidmatan jalur lebar talian talian tetap pula, beliau berkata 619 daripada 2,791 premis yang dirancang telah tersedia dengan sambungan gentian optik dan kesemua dua lokasi perkhidmatan BWA yang dirancang juga telah siap dan beroperasi.
Di bawah sasaran JENDELA, Teo berkata MCMC sedang merangka solusi yang bersesuaian dengan menggunakan pelbagai teknologi untuk penyediaan perkhidmatan internet bagi baki di kawasan berpenduduk yang masih belum mendapat liputan.
Beliau berkata antara kekangan yang dihadapi agensi itu serta penyedia perkhidmatan komunikasi dalam melaksanakan inisiatif peluasan liputan internet di kawasan pedalaman termasuk faktor taburan penduduk yang berselerak dengan kepadatan penduduk yang rendah, akses melalui sungai dan kawasan yang tiada bekalan elektrik tetap tersedia bagi kegunaan menara komunikasi.
Sementara itu, beliau berkata projek Point of Presence (PoP) Fasa 1 melibatkan 60 projek di seluruh Sarawak, dan dua di kawasan di kawasan Parlimen Igan telah siap dilaksanakan sepenuhnya.
"Bagi Fasa 2 di seluruh Sarawak, projek keseluruhan adalah melibatkan 681 tapak dan setakat ini yang telah siap adalah enam, manakala untuk bakinya, tarikh siap pelaksanaan adalah 31 Okt 2025 secara berperingkat.
"Untuk kawasan Parlimen Igan, sebanyak 16 projek telah disenaraikan dan mengikut kontraktor, mereka percaya dapat menyiapkan beberapa projek untuk Parlimen Igan pada tahun ini," katanya yang menambah projek PoP dilaksanakan secara berperingkat iaitu 10 peratus yang dapat disiapkan tahun ini, 50 peratus tahun depan dan baki 40 peratus pada 2025.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 18 2023
Teo berkata pada masa yang sama sejumlah 3,689 daripada 3,735 pemancar juga siap dinaik taraf, manakala 106,331 daripada 207,135 premis tersedia dengan capaian gentian optik. - Gambar fail/Bernama
Jualan kenderaan baharu Malaysia meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas.
Filem 'Seindah Tradisi' tampil warisan & budaya kaum Sabah
Penghasilan filem bertajuk 'Linundus Do Koubasanan' (Seindah Tradisi) menjadi platform kepada PETRONAS untuk rakyat Malaysia dan masyarakat seluruh dunia lebih mengenali budaya serta tradisi suku kaum di Sabah.
Sabah sasar pasaran Timur Tengah
Sabah kini mensasarkan pasaran Timur Tengah dalam usaha memperkasakan sektor pelancongan negeri inI selepas Lembaga Pelancongan Sabah (STB) menyertai pameran perdagangan pelancongan yang diadakan di Dubai.
15 jentera bomba kompak bersaiz kecil diagihkan kepada Sarawak
Sejumlah 15 jentera bomba kompak (CFRT) bersaiz kecil yang berupaya bergerak ke kawasan pedalaman dan terpencik akan diagihkan kepada Sarawak tahun ini.
Tingkat kompetensi, bomba hantar pasukan Hazmat ke China
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke China untuk mendalami ilmu baharu tentang hidrogen.
Dua lelaki mengaku bersalah cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak tidak bersetuju untuk memperkenalkan diplomasi orang utan kepada negara dagang sawit kerana ia bukan situasi terbaik bagi mamalia berkenaan.
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Pantau Agenda Reformasi: Helikopter terhempas – Kesan diplomasi susulan kematian Presiden Iran
Iran isytihar berkabung, Mokhber dilantik Presiden sementara
Ayatollah Khamenei menyatakan kesedihan mendalam atas pemergian Raisi dalam insiden tragis pada Ahad.
Sebanyak 213 menara komunikasi siap dan beroperasi pada suku kedua di Sarawak - Teo
213 menara komunikasi baharu daripada 864 menara yang dirancang dibina di bawah JENDELA di Sarawak telah siap dibina setakat suku kedua tahun ini.