awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran isytihar berkabung, Mokhber dilantik Presiden sementara

Bernama
Bernama
20/05/2024
10:59 MYT
Iran isytihar berkabung, Mokhber dilantik Presiden sementara
Ayatollah Seyyed Ali Khamenei telah meluluskan pelantikan Naib Presiden Mohammad Mokhber sebagai presiden sementara. - AP
TEHRAN: Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengisytiharkan selama lima hari tempoh berkabung awam berikutan kematian Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam nahas helikopter di barat laut Iran. Beliau juga telah meluluskan pelantikan Naib Presiden Mohammad Mokhber sebagai presiden sementara.
Dalam mesej pada Isnin yang dilaporkan oleh agensi berita rasmi Iran, Agensi Berita Republik Islam (IRNA), Ayatollah Khamenei menyatakan kesedihan mendalam atas pemergian Raisi dalam insiden tragis pada Ahad.
Helikopter yang membawa Raisi dan delegasi pengiringnya termasuk Menteri Luar Iran Hossein Amirabdollahian, terhempas di hutan Dizmar di wilayah Azerbaijan Timur pada Ahad, meragut nyawa semua yang berada di dalamnya.
Pemimpin tertinggi itu menyifatkan Raisi seorang ulama yang rajin dan presiden popular yang mengabdikan hidupnya untuk berkhidmat kepada rakyat Iran, negara dan Islam.
"Dalam tragedi pahit ini, negara Iran kehilangan seorang hamba yang penuh kasih sayang, rendah hati, dan dihargai," kata Ayatollah Khamenei, sambil menambah bahawa Raisi tidak pernah menghentikan kerja kerasnya dan sepanjang masa berkhidmat untuk rakyat Iran.
Ayatollah Khamenei mengucapkan takziah kepada negara Iran dan turut menzahirkan rasa sedihnya atas kematian pegawai yang mengiringi Raisi dalam helikopter itu termasuk Amirabdollahian.
Laporan IRNA juga menyatakan bahawa Ayatollah Khamenei meluluskan Mokhber untuk mengambil alih sebagai presiden sementara dan bekerjasama dengan ketua parlimen dan badan kehakiman Iran untuk menyediakan alasan untuk pemilihan presiden baharu dalam tempoh 50 hari akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohammad Mokhber
#presiden sementara
#Iran
#Ebrahim Raisi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan