Sebanyak 4,243 unit rumah di bawah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) telah terjual setakat Januari tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.
Shahidan berkata penjualan rumah PR1MA dijangka meningkat apabila lebih banyak projek dibuka dan dilancarkan kelak.
"Bagi meningkatkan jualan unit, PR1MA sedang mengadakan siri program Hari Terbuka di seluruh negara yang berkonsepkan pusat sehenti yang menyediakan perkhidmatan secara langsung kepada masyarakat bagi urusan pembelian kediaman PR1MA," katanya pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Datuk Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) mengenai jumlah unit kediaman PR1MA yang telah terjual dan inovasi baharu yang dilaksanakan untuk mempertingkatkan kualiti dan harga.
Shahidan berkata PR1MA menerapkan Sistem Binaan Berindustri (IBS) bagi pembangunannya, iaitu satu ekosistem lengkap yang mengambil kira tempoh pembinaan singkat, penggunaan kos optimum dan kualiti kediaman yang terjamin.
"Sebagai perbandingan, PR1MA mampu menyediakan dua unit kediaman contoh dalam tempoh 60 hari dengan sistem ini berbanding sistem konvensional yang memakan masa tiga hingga enam bulan untuk disiapkan.
"Pada masa ini, sebanyak 18,919 unit kediaman PR1MA sedang dibangunkan menggunakan sistem IBS dan dijangka projek-projek yang akan datang menggunakan kaedah inovatif ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 16 2017
SHAHIDAN: Penjualan rumah PR1MA dijangka meningkat apabila lebih banyak projek dibuka dan dilancarkan kelak.
Trafik udara berkembang 16.1 peratus pada suku pertama tahun ini
Trafik penumpang udara berkembang 16.1 peratus kepada 22.6 juta penumpang pada suku pertama tahun ini selepas dipacu oleh trafik udara antarabangsa.
Panasonic Beauty: Perkenal pengering rambut nanocare, eh-NA0J
Panasonic Beauty: Perkenal pengering rambut nanocare, eh-NA0J
Lima dimasukkan ke hospital di Terengganu kerana cuaca panas
Anggota tentera antara lima individu yang dimasukkan ke hospital susulan cuaca panas yang melanda Terengganu sepanjang April lalu.
Satya Nadella kongsi visi Microsoft untuk Malaysia
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berpeluang bersua muka dengan Ketua Eksekutif Microsoft, Satya Nadella, di ibu negara, bagi memahami dengan lebih mendalam tentang agenda AI Microsoft, serta peluang yang terbuka demi kemakmuran ekonomi negara ini.
AWANI Ringkas: JAKIM buka talian khas terima aduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiada semakan selepas 13 tahun: Kenaikan gaji penjawat awam wajar, munasabah dan adil - Sim
Semakan gaji penjawat awam yang diumumkan Anwar bersempena dengan Hari Pekerja semalam adalah wajar dan munasabah, mengambil kira peningkatan kecekapan perkhidmatan kerajaan.
Menangis di depan Kaabah walaupun hakikatnya kami buta - OKU penglihatan
"Walaupun kami tak nampak, apabila berada di depan pintu Kaabah, kami berasa hiba dan terus menangis sebab dapat merasakan kelainan dengan keadaan nyaman dan sejuk yang tidak sama dengan tempat lain."
Bursa Malaysia ditutup kukuh, didorong belian semasa harga murah
Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Khamis, didorong aktiviti pembelian semasa harga murah yang muncul susulan pengambilan untung pada Selasa.
Astrazeneca: KKM akan dapatkan penjelasan kesan sampingan vaksin
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan penjelasan daripada firma farmaseutikal AstraZeneca berhubung kesan sampingan vaksin COVID-19 seperti yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.
Kerajaan utamakan penyampaian perkhidmatan kesihatan
Dr Dzulkefly Ahmad menjelaskan, walaupun membina sebuah lagi hospital adalah pilihan yang lebih mudah, ia bukan penyelesaian terbaik kepada masalah sedia ada.
Sebanyak 4,243 rumah PR1MA terjual setakat Januari 2017 - Shahidan
Sebanyak 4,243 unit rumah di bawah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) telah terjual setakat Januari tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.