awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
Bandar Jepun batalkan festival sakura susulan tingkah laku pelancong tidak beradab
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Bernama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada semakan selepas 13 tahun: Kenaikan gaji penjawat awam wajar, munasabah dan adil - Sim

Bernama
Bernama
02/05/2024
12:31 MYT
Tiada semakan selepas 13 tahun: Kenaikan gaji penjawat awam wajar, munasabah dan adil  - Sim
Sim berkata kenaikan gaji lebih 13 peratus itu juga adil kepada penjawat awam, kerana struktur gaji 'barisan hadapan' negara itu tidak mengalami perubahan drastik sejak lebih 10 tahun lepas. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Semakan gaji penjawat awam yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersempena dengan Hari Pekerja semalam adalah wajar dan munasabah, mengambil kira peningkatan kecekapan perkhidmatan kerajaan, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
Beliau berkata kenaikan gaji lebih 13 peratus itu juga adil kepada penjawat awam, kerana struktur gaji 'barisan hadapan' negara itu tidak mengalami perubahan drastik sejak lebih 10 tahun lepas.
"Selain luahan rasa gembira, ada juga suara-suara yang mempertikai keputusan kerajaan memberi kenaikan gaji lebih 13 peratus dan sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, kita pastinya tidak boleh lari daripada pandangan dan kritikan terhadap keputusan yang dilakukan.
"Kita juga harus jelaskan kenapa ada kenaikan gaji, iaitu selepas 13 tahun tiada semakan oleh kerajaan, maka wajar, munasabah dan adil dibuat semakan semula gaji penjawat awam agar mereka yang punyai ketangkasan, kebijaksanaan, pengalaman dan kecekapan tinggi melaksanakan perancangan negara ini diberikan kenaikan gaji seiring perkhidmatan yang diberikan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Pekerja Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di sini hari ini.
Semalam Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam melebihi 13 peratus bermula Disember ini, sekali gus muncul antara kenaikan tertinggi diumumkan.
Sementara itu Presiden Cuepacs Datuk Dr Adnan Mat ketika ditemui berkata warga perkhidmatan awam tidak perlu khuatir, bimbang dan memperdebatkan pengumuman oleh Perdana Menteri itu kerana beliau yakin tiada pihak yang akan tertinggal daripada mendapat faedah daripada kenaikan gaji berkenaan selagi mereka adalah penjawat awam yang berkhidmat untuk negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#struktur gaji
#penjawat awam
#cuepacs
#mendapat faedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan