awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebat kaki pelajar: Madrasah tahfiz swasta disiasat

Astro Awani
Astro Awani
23/04/2017
08:24 MYT
Sebat kaki pelajar: Madrasah tahfiz swasta disiasat
Pelajar yang disebat mengalami jangkitan kuman yang merebak ke bahagian buah pinggang dan merosakkan fungsi organ tersebut. - Astro AWANI
Pihak berkuasa dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sedang menjalankan siasatan ke atas sebuah madrasah swasta di Kota Tinggi.
Ia susulan laporan kes salah seorang pelajarnya disebat oleh pembantu warden asrama madrasah itu sehingga mengakibatkan kecederaan serius di bahagian kaki.
Difahamkan, madrasah tahfiz swasta itu, yang didaftarkan tahun ini, masih beroperasi.
Terdahulu hari ini, Mahkamah Majistret Kota Tinggi mengeluarkan perintah reman empat hari terhadap pembantu warden itu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak Kanak 2010.
Majistret Mazana Sinin, membenarkan warden yang berusia 29 tahun itu direman bermula hari ini hingga Rabu.
Pelajar itu, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, yang kisahnya tular di Facebook sejak Jumaat, dipercayai mengalami kesakitan di bahagian kaki sejak dua minggu lalu selepas disebat.
Dia dilaporkan akan menanggung kecacatan kekal apabila kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong pihak hospital selepas didapati mengalami pendarahan dan luka dalaman serta jangkitan kuman.
Jangkitan kuman itu merebak ke bahagian buah pinggang dan merosakkan fungsi organ tersebut.
Topic Berkaitan
#Jabatan Agama Islam Negeri Johor
#madrasah tahfiz
#pembantu warden asrama
#potong kaki
#sebat kaki pelajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan