awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
Ajaran sesat: Kerajaan tidak ambil ringan, dapatkan laporan dari negeri - Marhamah
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebatan di khalayak: Hukuman 6 sebatan selesai dalam tempoh 2 minit

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
27/12/2024
07:30 MYT
Sebatan di khalayak: Hukuman 6 sebatan selesai dalam tempoh 2 minit
Mohd Affendi Awang, 42, tiba di masjid berkenaan kira-kira jam 2.28 petang dengan diiringi pegawai dan anggota penjara. - Foto Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Pesalah khalwat berulang selasai menjalani hukuman enam sebatan di khalayak ramai yang dilaksanakan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, di sini, pada Jumaat.
Sebatan syariah yang hanya mengambil masa dua minit dilaksanakan pegawai sebat daripada Penjara Marang, Terengganu.
Seramai 90 individu termasuk Exco kerajaan negeri turut menyaksikan pelaksanaan sebatan yang diadakan di Dewan 'AAsim masjid berkenaan.
Terdahulu, pesalah Mohd Affendi Awang, 42, tiba di masjid berkenaan kira-kira jam 2.28 petang dengan diiringi pegawai dan anggota penjara.
Sejurus tiba, Mohd Affendi dibawa ke bilik khas bagi pemeriksaan kesihatan oleh pegawai perubatan.
Pelaksaan sebatan di khalayak itu dijalankan sekitar jam 2.50 petang dengan pesalah memakai baju penjara berwarna merah serta pelitup muka.
Selasai menjalani sebatan, pesalah sekali lagi dibawa ke bilik khas sebelum dibawa kembali ke Penjara Marang.
Mohd Affendi menjadi individu pertama di Terengganu yang dihukum dengan enam kali sebatan di khalayak ramai.
Hukuman itu diputuskan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu pada 20 Nov lepas setelah lelaki itu mengaku salah atas kesalahan khalwat berulang mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 kerana berkhalwat.
Topic Berkaitan
#hukuman sebat
#terengganu
#pesalah khalwat
#khalayak ramai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan