Sebuah lagi sekolah di Kuala Sanglang diarah tutup oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (TEMCO) yang dikuatkuasakan sejak malam tadi, kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.
Beliau berkata penutupan Sekolah Jenis Kebangsaan Chin Hun, sekolah ketiga yang diarah tutup di negeri itu, juga adalah selama dua minggu bermula esok hingga 23 Ogos ini.
"Penutupan selama dua minggu tiga sekolah terbabit melibatkan 876 murid dan 112 guru," katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.
Bernama semalam melaporkan jabatan pendidikan negeri itu mengarahkan dua sekolah ditutup iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Sanglang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Sanglang.
Mengulas lanjut, Azlan berkata guru-guru terlibat diwajibkan menjalani Perintah Pengasingan Di Rumah (HIO) selama tempoh tersebut.
Beliau berkata selain itu, 15 pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi di sini yang tinggal di dua kampung terlibat iaitu Kampung Tanah Timbul dan Kampung Kuala Sanglang yang akan menjalani peperiksaan mulai 12 Ogos ini, telah pun disediakan tempat tinggal sementara di asrama sekolah dan tempat tinggal alternatif lain berhampiran.
Kerajaan Negeri Perlis melaksanakan TEMCO selama 28 hari bermula 10 malam tadi di Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Sehingga semalam, Perlis mencatatkan 30 kes positif COVID-19 dan kesemuanya daripada Kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivagangga yang bermula di Napoh, Kubang Pasu, Kedah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 09 2020

Kerajaan Negeri Perlis melaksanakan TEMCO selama 28 hari bermula 10 malam tadi di Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Cetak Rompak | Rakaman di sebalik tabir mampu buka mata masyarakat
Impak aktiviti cetak rompak bukan hanya menjejaskan syarikat penyiar kandungan kreatif malah ia memberi kesan kepada semua pihak terutama bagi mereka yang terlibat secara langsung dalam pembikinan sesuatu kandungan. Namun saban hari, perkara ini bagai tiada penghujungnya, apabila masih ada yang memilih untuk menonton kandungan secara haram.

Warisan | Surat letak jawatan adun sebatik digunapakai
Parti Warisan Sabah (WARISAN) akan menghantar surat peletakan jawatan Hassan A. Gani Pangiran Amir kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, sebagai mengotakan ikrarnya untuk melepaskan jawatan sebagai ADUN Sebatik jika melompat parti.

Perikatan Nasional | Dakwaan Muhyiddin sebagai puppet Tun M tidak benar
Dakwaan mengenai Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai puppet atau boneka kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menggerakkan agenda tersendiri adalah tidak benar sama sekali.

Perikatan Nasional | Kerajaan PN terus berfungsi walaupun mencabar
Kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat mampu menguasai keseimbangan dari sudut politik, ekonomi dan sosial meskipun berdepan pelbagai cabaran sepanjang tempoh setahun pentadbiran Perikatan Nasional. Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Rusdi Omar berkata, meskipun berhadapan dalam keadaan sukar, perdana menteri tetap berupaya membawa kepada penyatuan parti politik.

Lelaki rentung kebakaran di perumahan setinggan
Seorang lelaki berusia 48 tahun maut dalam insiden melibatkan perkampungan setinggan di Taman Pandan Jaya pada Isnin malam.

10 Berita Pilihan - (01 Mac 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

10 berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
10 berita tempatan yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 1 Mac 2021.

Consider This: Perikatan Nasional (Part 1) - How To Measure Success?
March 1st marks one year of Tan Sri Muhyiddin as the 8th Prime Minister of Malaysia, after the parliamentary coup that ousted the Pakatan Harapan government - infamously known as the ‘Sheraton Move’. In the past year, Malaysia has had to grapple with the triple-threat of health, political, and economic crises. How has the Perikatan Nasional government fared in its first year? Melisa Idris and Sharaad Kuttan speak to political scientist Wong Chin Huat.

PSR: Kerajaan Pulau Pinang lulus sagu hati RM500 untuk nelayan
Bayaran akan mula dibuat pada minggu ini bagi mereka yang telah mendaftarkan maklumat dengan Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan (PPSN).

Muhyiddin sebagai 'puppet' Tun M? Teori ini tidak benar - Marzuki
Pendirian Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kes-kes mahkamah yang melibatkan pihak-pihak tertentu, pendirian beliau adalah jelas.

Perbezaan pandangan dalam UMNO, selesai secara dalaman - Mahdzir
Pendedahan yang terlalu banyak mengenai hal dalaman parti pasti akan menimbulkan rasa kurang senang dan tanggapan yang tidak baik.

Tiada calon SPM di Kedah disahkan positif COVID-19
JKN Kedah bersama Kementerian Pendidikan sentiasa melakukan pemantauan berhubung pematuhan Prosedur Operasi Standard.

ECK mempunyai dana bangunkan projek KXP - Muhammad Sanusi
ECK juga berjaya membuktikan bahawa ia memiliki dana masing-masing sebanyak RM1.5 bilion bagi fasa pertama dan RM5 bilion bagi fasa kedua projek berkenaan.

MB Kedah terima suntikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor menjadi individu pertama di Kedah menerima suntikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech pada Program Suntikan COVID-19.

APMM selamatkan empat kru kapal persiaran Epic Princess yang hampir karam
Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi segera mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat sebaik menerima laporan.

COVID-19: 2,364 kes positif baharu, 10 kematian
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 2,364 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif 298,315 kes.

294 majikan di Kedah dikesan gagal sediakan penginapan sesuai kepada pekerja
Antara kesalahan yang dilakukan adalah pekerja dipaksa tinggal di ruang sesak dan tidak selesa selain menempatkan pekerja asing berbeza jantina didalam bilik penginapan yang sama.

Vaksin petugas hadapan Langkawi selamat dibawa dengan RORO
Konvoi membawa vaksin, diketuai Supt Syed Basri Syed Ali bersama enam pegawai dan sembilan anggota bagi memastikan kelancaran penghantaran, tiba tepat pada waktunya.

Lebih 24 jam padam kebakaran kebun sawit
Bomba terpaksa mengambil masa lebih 12 jam untuk kerja pemadaman api di kebun kelapa sawit seluas hampir empat hektar berhampiran Saujana Permai, dekat Sungai Petani.

Suspek kes bunuh warga emas direman 7 hari
Tempoh tahanan reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Alor Setar, Jamaludin Elias, di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) hari ini.