MALAYSIA
Sebutan semula kes dadah pemandu bot terbalik di Pulau Perhentian 1 Oktober

Pada 3 Julai lepas, Azrie Yazid, 22, mengaku bersalah atas tuduhan memasukkan dadah ke dalam badannya. - Gambar/ Sinar Harian
JERTIH: Mahkamah Majistret Besut di sini hari ini menetapkan 1 Okt ini untuk sebutan semula kes berkaitan dadah yang dihadapi pemandu bot terbalik di Pulau Perhentian, yang mengorbankan tiga penumpang tempatan pada 28 Jun lepas.
Ringkasan AI
- Mahkamah Majistret Besut menetapkan 1 Oktober 2025 sebagai tarikh sebutan semula kes dadah melibatkan Azrie Yazid, pemandu bot yang terlibat dalam insiden terbalik di Pulau Perhentian yang mengorbankan tiga penumpang.
- Tertuduh mengaku bersalah atas tuduhan memasukkan dadah jenis nimetazepam ke dalam badan dan berdepan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun serta perintah pengawasan.
- Insiden bot terbalik berlaku pada 28 Jun 2025 ketika perjalanan malam antara Pulau Perhentian Kecil dan Besar, dipercayai akibat ombak besar, dan pemandu bot disahkan positif dadah serta mempunyai lima rekod lampau berkaitan bahan terlarang.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun serta perintah pengawasan, jika sabit kesalahan.
Pada 28 Jun lepas, S. Arumugam, 40, dan anaknya A. Sarrvihka, 3, serta seorang lagi saudara perempuan, V. Vennpani, 10, maut manakala dua mangsa cedera, selain 10 lagi terselamat dalam kejadian pada 10.30 malam.
Kesemua penumpang bot berusia tiga hingga 40 tahun itu dalam perjalanan pulang dari Pulau Perhentian Kecil ke Pulau Perhentian Besar selepas selesai makan malam, namun ombak besar tiba-tiba datang menyebabkan bot terbalik.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Azamuddin Ahmad @ Abu sebelum ini berkata pemandu bot terbabit disahkan positif dadah selain turut mempunyai lima rekod lampau berkaitan bahan terlarang itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami