PENAMPANG: Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan Kementerian Kerja Raya Sabah diminta menyediakan kertas kabinet bagi menambah kapasiti pengeluaran air dari Loji Rawatan Air Moyog untuk penggunaan sekitar Kota Kinabalu Selatan dan Putatan.
Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, kertas cadangan itu untuk tujuan perbincangan dan seterusnya bagi mendapatkan kelulusan menambah pengeluaran kapasiti bekalan air terawat bagi daerah berkenaan.
"Loji ini boleh menambah kapasiti dan ia telah dilakukan di Loji Rawatan Air di Telibong, Tuaran di mana mereka telah membina Skim Bekalan Air Segera (UWSS). Mereka telah menyediakan loji berkapasiti 10 juta liter sehari dan lima juta liter sehari untuk memberi tambahan kepada produksi air terawat.
"Jadi kita mahu satu UWSS dibuat yang boleh membekalkan air untuk daerah Putatan dan Kota Kinabalu," katanya kepada pemberita selepas melawat Loji Rawatan Air Moyog, di sini pada Isnin.
Ditanya bila UWSS itu dapat dilaksanakan, Shahelmey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, proses akan mengambil masa dari enam hingga 18 bulan.
"Saya difahamkan UWSS ini boleh dilaksanakan dalam tempoh antara enam hingga 12 bulan iaitu tempoh pembinaan namun proses-proses pemerolehan dan sebagainya ia mungkin memakan masa dalam enam hingga 18 bulan," katanya.
Sebelum itu, Ahli Parlimen Putatan itu memaklumkan kawasan Putatan serta Kota Kinabalu mengalami gangguan bekalan air sejak kebelakangan ini disebabkan permintaan bekalan air melebihi pengeluaran yang ada.
"Loji Rawatan Air Moyog ini mampu mengeluarkan sebanyak 185 juta liter air sehari ditambah dengan loji di Kasigui, boleh menghasilkan 235 juta liter sehari untuk dibekalkan kepada pengguna kawasan Kota Kinabalu Selatan dan juga Putatan.
"Kita dalam usaha untuk menambah produksi sedia ada memandangkan permintaan yang diperlukan sekarang ini adalah melebihi produksi iaitu sebanyak 235 juta liter sehari pengeluaran tetapi permintaan sebanyak 250 juta liter sehari dan kita ada defisit," jelasnya.
Tambah Shahelmey lagi, antara faktor menyebabkan tekanan bekalan air rendah di kawasan berkenaan adalah disebabkan berlakunya Kadar Air Tak Berhasil (Non Revenue Water NRW) atau ketirisan disebabkan kebocoran paip yang usang serta pengambilan bekalan air secara tidak sah.
"Perkara ini juga sedang diambil perhatian dan JANS mempunyai satu program untuk mengurangkan risiko kejadian NRW ini.
"Saya berharap dalam tempoh enam bulan dari sekarang dapat kita kurangkan masalah ini untuk memberi impak bagi bekalan air kepada pengguna," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 16 2023

Shahelmey (tiga dari kanan) ketika melawat Loji Rawatan Air Moyog, di Putatan pada Isnin. - Foto Sinar Harian

Zahid Hamidi memang kuat, tapi jangan pandang rendah pengaruh 'Bossku', kata KJ
KJ beri amaran jangan pandang ringan suara Najib Razak di sebalik penjara yang boleh menentukan masa depan UMNO.

Program TVET, bunuh diri jadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Program TVET dan isu cubaan bunuh diri jadi antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [22 Mac 2023] AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [22 Mac 2023]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015077/41774387481679445043288_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [22 Mac 2023]
Ketahui berita yang anda perlu tahu bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman Antara fokus AWANI Pagi: - Tiada lagi monopoli, bayar tol dengan kad debit, kredit di 5 lebuh raya tahun ini. - 29 Lokasi tengok anak bulan petang ini dan tarikh mula berpuasa akan diumum malam ini. - KPM cadang wajibkan pendidikan sekolah menengah. #AWANInews

Program TVET, bunuh diri jadi tumpuan di Dewan Rakyat
Program TVET dan isu cubaan bunuh diri jadi antara tumpuan sidang dewan rakyat hari ini.

29 lokasi seluruh negara diperkenan untuk melihat anak bulan Ramadan
29 lokasi ditetapkan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja untuk melihat anak bulan bagi penetapan permulaan Ramadan.

Penerima dos penggalak kedua terus bertambah, kini 2.5%
KKM sangat menggalakan pengambilan dos penggalak bagi individu berisko 60 tahun ke atas, pesakit kronik dan individu mudah mendapat jangkitan COVID-19.

Banjir Johor beransur pulih
Situasi banjir di Batu Pahat menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus menurun.

Jiwa SME | Kuasa media sosial tarik pelancong ke pasar terapung
Daripada hanya sebatang sungai dalam sebuah kampung, kini ia bertukar wajah menjadi kawasan tarikan pelancong. Itu yang dilakukan oleh Azli Muhamad Noor yang menjadikan Kampung Pulau Tengah di Kubang Kerian, sebagai pasar terapung.

Terap pendekatan 'behavioural insights' untuk permudah jalankan perniagaan - Zafrul
MITI melihat potensi besar untuk melaksanakan pendekatan 'nudging' dan 'Behavioural Insights' (BI) dalam usaha memudahkan urusan menjalankan perniagaan di Malaysia.

Pas bantah pelancaran bar jemput 'Thai Hot Guy', guna nama Tun Razak
Penganjuran program sedemikian tidak sepatutnya dianjurkan di negara ini malah ia mencemarkan keberkatan bulan mulia.

Sedia kertas kabinet, tambah kapasiti pengeluaran air
Kertas cadangan itu untuk tujuan perbincangan dan seterusnya bagi mendapatkan kelulusan menambah pengeluaran kapasiti bekalan air terawat.