MUAR: “Saya dan keluarga sedih dan reda dengan keputusan mahkamah,” luah Najib Lep, 60, selepas mengetahui adiknya, Mohammed Nazir, 48, boleh dibebaskan menjelang 2029 selepas juri tentera di Guantanamo Bay memutuskan hukuman pada Jumaat.
Najib berkata, doa ahli keluarga terhadap pembebasan Mohammed Nazir atau dikenali Nazir Lep yang merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang ditahan kira-kira 20 tahun di Pusat Tahanan Teluk Guantanamo di Cuba tidak pernah terhenti dan keputusan mahkamah pada Jumaat merupakan hasil usaha semua pihak dan Kerajaan Malaysia.
Dalam masa sama, harapan masih disandarkan agar adiknya dan seorang lagi rakyat Malaysia, Mohammed Farik Amin dapat menjalani hukuman di Malaysia dengan perbincangan masih dilakukan.
“Mengenai ekstradisi ke Malaysia, saya tidak boleh jawab persoalan itu, tetapi saya dan keluarga sememangnya mengharapkan agar adik dapat jalani hukuman di negara ini. Kita masih berurusan dengan pihak di sana agar adik dapat dibawa pulang.
“Dalam hal ini, semua memainkan peranan terutama Kementerian Dalam Negeri (KDN). Apa pun kita perlu tunggu kerana ada proses-proses yang perlu dilalui,” katanya ketika dihubungi Sinar Ahad.
Sebelum itu, media melaporkan juri tentera di Guantanamo Bay pada Jumaat menjatuhkan hukuman penjara tambahan lima tahun ke atas dua rakyat Malaysia kerana bersubahat dalam pengeboman pengganas yang mengorbankan 202 orang di Bali, Indonesia pada 2002.
Juri lima pegawai tentera Amerika Syarikat (AS) itu bersidang untuk memutuskan hukuman untuk tempoh 20 hingga 25 tahun.
Selepas bersidang selama kira-kira dua jam pada Jumaat, mereka memutuskan hukuman penjara 23 tahun.
Mohammed Farik Amin dan Nazir Lep boleh dibebaskan menjelang 2029. Kedua-duanya telah ditahan di AS sejak musim panas 2003.
Laporan itu memetik peguam Nazir Lep, Brian Bouffard sebagai berkata: "Perjanjian pra perbicaraan mempertimbangkan kemungkinan penghantaran pulang beliau sebelum hukuman selesai."
Beliau berkata, apabila balik ke Malaysia, mereka akan menjalani program deradikalisasi yang dikendalikan kerajaan Malaysia dan pemantauan seumur hidup oleh pihak berkuasa keselamatan negara. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 27 2024

Najib Lep (kiri), laporan Sinar Harian pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
Tarif Trump: Analisis pasca rundingan delegasi Malaysia dengan Amerika Syarikat
Ikuti langsung Buletin AWANI Khas membawakan analisis komprehensif rundingan Malaysia-Amerika Syarikat berkenaan tarif AS.
Mexico kekurangan bekalan air, tersepit penuhi janji dengan AS
Komuniti petani kini sedang mencari sumber air baharu untuk memenuhi keperluan asas hidupan.
Houthi tembak tujuh reaper milik AS, rugi lebih AS$200 juta
Dron-dron canggih bernilai sekitar 30 juta dolar setiap satu itu ditembak jatuh semasa misi pengawasan dan serangan antara 31 Mac hingga 22 April.
Pakistan kutuk tindakan India gantung Perjanjian Air Indus
Jurucakap Kementerian Luar Pakistan, Shafqat Ali Khan menekankan bahawa air adalah "kepentingan nasional yang penting" bagi 240 juta rakyat Pakistan.
Pihak berkuasa India roboh rumah disyaki milik militan
Memetik Reuters, rakaman video menunjukkan rumah-rumah tersebut musnah sepenuhnya, dengan penduduk sekitar berkumpul untuk menyaksikan kejadian itu.
AS mungkin turunkan tarif China
The Wall Street Journal pada Rabu melaporkan bahawa Rumah Putih sedang mempertimbangkan untuk mengurangkan lebih separuh daripada 145 peratus tarif yang dikenakan ke atas import China.
China minta AS tak sebar maklumat mengelirukan
Jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun memaklumkan tidak tahu mengenai dakwaan bahawa China merancang memberi pengecualian tarif ke atas beberapa import dari Amerika.
Tiada kuasa yang dapat mencabar dominasi AS - penganalisis
Pakar Keselamatan dan Hubungan Antarabangsa Collins Chong Yew Keat berpendapat tiada kuasa yang dapat mencabar dominasi Amerika Syarikat ke atas ekonomi dan teknologi.
Jangan digugat dengan isu perbezaan sesama sendiri - PM
Perdana Menteri mahu rakyat tidak memandang remeh isu di peringkat antarabangsa, termasuk pengumuman tarif oleh Donald Trump baru-baru ini.
Hargai nikmat perpaduan di Malaysia - Raja Permaisuri Agong
Seri Paduka Baginda bertitah tatkala banyak tempat di serata dunia menghadapi konflik bersenjata dan peperangan sehingga menyebabkan kematian ribuan orang, Malaysia masih bertuah menikmati keamanan.

KPDN, Jakim kerjasama keluarkan produk Indonesia ada DNA babi di pasaran
KPDN bekerjasama dengan Jakim untuk mengeluarkan produk makanan Indonesia yang didapati mengandungi DNA babi sekiranya berada di pasaran tempatan.

Malaysia adaptasi pengurusan bencana Indonesia
Penyelarasan yang kemas dan cekap memperlihatkan keupayaan BNPB menguruskan semua bentuk kecelakaan bencana.

TPM Zahid kunjungi Gibran, perkukuh diplomasi serumpun
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan rasmi bersama Naib Presiden Indonesia, Gibran Rakabuming Raka.

Ahmad Zahid saran Malaysia, Indonesia fokus hubungan rakyat dengan rakyat
Ahmad Zahid percaya hubungan rakyat kedua-dua negara yang dipererat dan diperkukuh mampu memberikan dividen politik selain pulangan perniagaan serta perdagangan yang baik untuk Malaysia dan Indonesia.

Kaspersky lapor serangan perisian tebusan ke atas perniagaan tempatan meningkat 153 peratus
Malaysia merupakan negara kedua paling banyak terkesan dengan serangan perisian tebusan di Asia Tenggara, hanya di belakang Indonesia.

'Drama YB cekik pramugari masuk episod baharu'
Ahli Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Sumatera Utara, Megawati Zebua, yang didakwa mencetuskan kekecohan kerana mencekik seorang pramugari syarikat penerbangan Wings Air.

'Macet' punca Manchester United tolak ke Indonesia?
Keadaan lalu lintas yang sesak, kualiti padang dan aspek keamanan selain ekonomi menjadi punca Indonesia tidak menjadi destinasi pilihan Manchester United.

Indonesia jalin kerjasama dengan Jordan untuk tanam gandum dalam negara
Pada Selasa, Andi Amran Sulaiman menandatangani perjanjian kerjasama pertanian dengan rakan sejawatnya dari Jordan, Khaled Huneifat.

Malaysia promosi kempen pelancongan 2026 dengan jerayawara di 4 bandar utama Indonesia
Ia melibatkan penyertaan 35 penggiat industri pelancongan Malaysia termasuk agensi pelancongan, hotel, pusat peranginan dan pemilik produk.

Malaysia, Indonesia lega AS turunkan tarif - Tengku Zafrul
Tarif terhadap Malaysia telah diturunkan daripada 24 peratus kepada 10 peratus, manakala Indonesia daripada 32 peratus kepada 10 peratus.