awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sedondon berbaju raya dengan Bengkok, Aboi

Sinar Harian
Sinar Harian
10/04/2024
08:30 MYT
Sedondon berbaju raya dengan Bengkok, Aboi
Nurul Anis Khairunnisa bersama kucing peliharaannya memakai baju sedondon pada hari raya.
SHAH ALAM: Trend berpakaian sedondon bukan sahaja terhad dalam kalangan ahli keluarga tetapi binatang peliharaan turut dipakaikan baju raya yang sama warna dan tema.
Biarpun ia bukan perkara baharu namun bagi pencinta kucing keterujaan memilih busana raya saban tahun tetap dirasai.
Peminat kucing, Nurul Anis Khairunnisa Abd Mutalib, 22, berkata, setiap tahun kucing peliharaannya yang diberi nama Bengkok dan Aboi akan dipakaikan baju raya.
Katanya, tahun ini dia dan kucing peliharaannya itu akan memakai baju sama tema iaitu warna hijau.
"Saya sangat teruja dan tidak sabar untuk memakai baju sedondon dengan Bengkok dan Aboi pada hari raya ini memandangkan tahun lepas tidak berpeluang. Tahun lepas saya pakai baju raya warna biru manakala Bengkok dan Aboi memakai pakaian berwarna hitam walaupun perancangannya mahu pakai sama warna.
"Tahun lepas tiada stok baju kucing warna biru, jadi terpaksa beli yang lain, kali ini 'kami' dapat pakai sedondon," jelasnya ketika dihubungi Sinar Harian.
Tambah anak ketiga daripada empat beradik itu, dia biasanya membeli baju kucing dalam talian kerana lebih murah dan banyak pilihan.
"Kali ini saya membelanjakan lebih RM100 untuk menyediakan kelengkapan baju raya kucing seperti baju Melayu, sampin dan songkok.
"Saya memang ada peruntukan untuk membeli kelengkapan raya kucing sejak empat tahun lalu selepas melihat banyak yang cantik dijual atas talian," ujarnya.
Menurut anak kelahiran Kuantan Pahang itu, kucingnya akan meragam sekiranya baju yang dibeli tidak muat dan ketat di badan.
"Kali ini saya beli saiz L untuk Aboi dan XL untuk bengkok, memang sesuai sebab kalau kalau ketat tidak selesa.
"Bengkok dan Aboi akan pakai baju itu pada hari raya pertama, sangat comel. Pakai sekejap sahaja takut panas," katanya.
Ujarnya, menjaga kucing memang memerlukan kesabaran namun hati akan gembira melihat telatah haiwan itu.
"Tidak dinafikan agak susah untuk menjaga kucing terutamanya yang mudah sakit. Kadang-kadang muntah, cirit birit dan lagi sukar kalau ada simptom yang kita tidak dapat kenal pasti.
"Namun, kalau kucing yang baik dan mendengar kata, mudah sahaja," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kucing
#Aidilfitri
#Baju sedondon
#si bulus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan