LUMUT: Kerajaan Perak diminta untuk mewartakan semula Pantai Pasir Panjang sepanjang tujuh kilometer di Segari di sini bagi melindungi kawasan yang terancam akibat aktiviti perlombongan dan penebangan hutan.
Gesaan itu disuarakan oleh Persatuan Sahabat Alam Malaysia (SAM), Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) dan Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia (GRASS) setelah mendapati tiga projek yang dijalankan kawasan itu akan memusnahkan pendaratan utama penyu di negeri ini.
Projek perlombongan pasir, cadangan membina kompleks al-Falak balai cerap dan cadangan kawasan tetap latihan tentera di sebahagian Taman Eko Rimba Pasir Panjang turut didakwa mengancam Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Tahap 1 yang sepatutnya dilindungi.
Setiausaha Kuasa, Noor Ismady Ahmad Radzuan berkata, KSAS Tahap 1 merupakan kawasan yang tidak boleh dibangunkan sebarang kegiatan dan penukaran guna tanah kecuali pelancongan eko berimpak rendah, pendidikan dan penyelidikan.
Menurutnya, kerja-kerja perlombongan pasir di Tanjung Hantu itu bagaimanapun dilihat masih beroperasi meskipun pelbagai bantahan telah disuarakan.
"Isu ini pernah dibawa oleh media sejak Januari lalu tetapi tiada sebarang perubahan malah kawasan yang diteroka semakin luas melibatkan kira-kira 10 hektar.
"Meskipun tanah sudah diberi hak milik, status tanah yang merupakan KSAS Tahap 1 tetap tidak berubah kerana ia kawasan pendaratan utama penyu.
"Dalam tempoh sebulan, kawasan hutan tebal mula gondol. Rakaman dron minggu lalu menunjukkan ada pembukaan kawasan baharu di lot sama berhampiran Sungai Puyu pula," katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.
BACA: MPM arah henti kerja korek pasir di Pantai Pasir Panjang
BACA: Tiada pengeluaran pasir silika di Pasir Panjang - MB Perak
Menurut Noor Ismady, pihaknya telah memaklumkan aktiviti perlombongan itu kepada Majlis Perbandaran Manjung (MPM) untuk tindakan awal.
"Menjadi persoalan bagaimana pasir dan pokok-pokok yang ditebang termasuk yang bernilai tinggi seperti Balau Laut itu dibawa keluar di kawasan terbabit.
"Kita percaya kesemua hasil itu dibawa keluar menerusi laut dan sudah tentu memerlukan penguatkuasaan pihak berkaitan," katanya.
Bagi Penyelidik Lapangan SAM, Meor Razak Meor Abdul Rahman, beliau terkejut apabila lebih 80 pokok yang berusia 50 tahun dan ke atas telah ditanda dipercayai untuk ditebang untuk dijadikan kawasan latihan tentera.
"Spesies Kelat, Nyatoh dan lain-lain bersaiz diameter 40 hingga 50 sentimeter dalam kawasan taman eko rimba ini telah ditanda. Kita minta kerajaan negeri melihat semula cadangan kawasan ini.
"Kita tidak membantah latihan itu dilaksanakan namun yang menjadi kebimbangan adalah sebahagian pokok-pokok di pesisir pantai ini akan ditebang," katanya.
BACA: Degil korek pasir walaupun berkali-kali diarah henti kerja - PTG
BACA: Gazet semula Pantai Pasir Panjang, elak penerokaan haram berleluasa
Sementara itu, Presiden GRASS, Mohd Yusaimi Md Yusof berkata, Jabatan Mufti perlu menambah baik premis sedia ada berbanding membina bangunan balai cerap baharu di kawasan pesisir pantai itu.
Katanya, pihak berkenaan perlu mengadaptasi konsep wakaf hutan pantai atau Hima yang dilaksanakan negara-negara Timur Tengah.
"Kajian menunjukkan kawasan pesisir pantai akan tenggelam pada tahun 2050 dan kita lihat sudah ada hakisan di tepi pantai.
"Merugikan jika projek pembinaan bernilai RM34 juta itu diteruskan namun akhirnya bangunan itu tidak selamat diduduki," katanya.
Jelas Mohd Yusaimi, rancangan menjadikan kawasan itu sebagai tarikan pelancongan juga tidak sesuai.
"Kerja-kerja pembinaan akan mengganggu pendaratan penyu yang sensitif dengan pencemaran bunyi, cahaya dan kotoran sampah.
"Jabatan Mufti perlu menyemak semula projek pembangunan itu terutama reka bentuk bangunan yang tidak sesuai untuk penyu bertelur," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Sep 04 2022

Pantai Pasir Panjang sepanjang tujuh kilometer perlu diwartakan bagi melindungi alam sekitar. - Foto Sinar Harian

Penyelidik beri amaran persaraan di luar negara boleh sebabkan kesepian
Penyelidik di Universiti Groningen mendapati bahawa pesara yang berhijrah ke luar negara berasa lebih sunyi dalam persekitaran sosial mereka.

Hannah gesa pemain bangkit selepas tersingkir awal di All England
Hannah yang kecewa dengan keputusan itu berkata sukan badminton semakin kompetitif yang menyaksikan persaingan antara negara kian sengit.

Petronas, Petros akan perinci butiran berkaitan peranan agregator gas
Petronas berkata usaha ini bertujuan untuk memastikan hak dan kepentingan semua pihak termasuk pelanggan akhir dan pelabur.

Dua penalti berdepan Negeri Sembilan bantu PDRM akhiri episod kekalahan
PDRM FC menamatkan rekod empat kekalahan berturut-turut apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Negeri Sembilan FC 2-1.

3 maut, 12 cedera dalam letupan kuat di Latakia, Syria
Pihak berkuasa tempatan mengesahkan angka korban sambil menambah punca letupan masih belum dikenal pasti dan sedang dalam siasatan.

MAIWP peruntuk sumbangan zakat RM1.1 juta bagi program Nur Ramadan
MAIWP memperuntukkan sumbangan zakat RM1.1 juta untuk membantu komuniti kurang bernasib baik di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan menerusi inisiatif Nur Ramadan 2025.

Kolam air panas Jepun berdepan kekurangan air susulan lonjakan sektor pelancongan
Pusat peranginan kolam air panas di seluruh Jepun berdepan kekurangan air susulan peningkatan ketara pelancong asing yang meningkatkan penggunaan.

Manfaat apa jua platform untuk perkukuh perpaduan - Aaron
Platform itu beri peluang kepada rakyat untuk mengenali satu sama lain, berkongsi cerita dan pengalaman serta merapatkan jurang perbezaan.

Kerajaan Filipina tidak akan campur tangan dalam pembelaan Duterte di ICC
ICC menetapkan pengesahan pendengaran tuduhan pada 23 Sept membolehkan Duterte dan semua pihak terlibat "membuat persiapan mencukupi."
Starship bawa robot akan ke Marikh pada akhir 2026 - Musk
Kapal angkasa Starship yang membawa robot humanoid Tesla Optimus akan ke Marikh pada akhir 2026.

Segera warta kawasan Pantai Pasir Panjang
Kerja-kerja perlombongan pasir di Tanjung Hantu dilihat masih beroperasi meskipun pelbagai bantahan telah disuarakan.

Tiada pengeluaran pasir silika di Pasir Panjang - MB Perak
PTG Perak tidak pernah mengeluarkan kelulusan lesen kepada sesiapa pun untuk mengambil pasir di Pantai Pasir Panjang, Segari, Lumut.

Operasi korek pasir silika atas tanah milik syarikat
Lot tersebut bukannya berstatus tanah kerajaan menyebabkan pihaknya sukar untuk menyita jentera dan menahan individu yang terbabit.

Gazet semula Pantai Pasir Panjang, elak penerokaan haram berleluasa
Kawasan itu telah dinyahgazetkan pada 2 Feb 1989 dan sejak itu, pelbagai program penanaman pokok dilaksanakan sebelum 'diserang' aktiviti pengambilan pasir.

MPM arah henti kerja korek pasir di Pantai Pasir Panjang
Lesen dan permit bahan batuan serta mineral bagi kerja-kerja terbabit dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG).