Kerajaan perlu segera mewujudkan undang-undang untuk menghukum mana-mana Ahli Parlimen yang melompat parti demi kepentingan peribadi.
Presiden Majlis Bertindak NGO Malaysia (MYNAC), Mohd Ridzuan Abdullah berkata, ia perlu berasaskan undang-undang Pilihan Raya Umum (PRU) selain diwartakan dalam kadar segera.
"Sewajarnya perlu ada sekatan dan penggubalan akta bagi kesalahan Ahli Parlimen yang melakukan penganiayaan ini yang membolehkan kemudaratan kepada kerajaan dan merugikan bagi kepentingan awam.
"Ia merupakan jenayah kolar putih dan perlu ditafsirkan sebagai salah laku yang mahu menjatuhkan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.
Jelasnya, perkembangan politik kian tidak stabil dan selain permasalahan rakyat serta ekonomi yang kian meruncing.
"Suara dan keluhan rakyat yang dilontarkan kepada wakil rakyat sudah semakin hilang kepercayaan. Ini menyebabkan situasi pincang dan ketidakstabilan dalam urus tadbir bagi sesebuah kerajaan yang telah memenangi PRU yang lepas.
"Sekalipun kemenangan oleh wakil rakyat pada setiap PRU di negara ini, kerajaan yang dibentuk kian rapuh dan goyah akibat perseteruan dan persengketaan ahli-ahli politik di negara ini.
"Ini menjadikan trend penukaran dan status melompat parti kini berleluasa," tegasnya.
Tambahnya, rakyat kini menginginkan hak dan faedah dari undi yang mereka berikan sebelum ini.
"Apa yang rakyat mahu adalah wakil yang bersifat dinamik, agresif dan berkarisma dalam membela kehidupan mereka.
"Mereka mahukan suara rakyat dibawa ke Parlimen untuk diperdengarkan serta diberikan perkhidmatan yang cekap, amanah dan jujur dalam memperjuangkan nasib rakyat.
"Namun, apa yang dapat dilihat seperti satu hukuman kepada rakyat akibat kecuaian dan ketidakupayaan serta tidak bertanggungjawab Ahli Parlimen di dalam situasi politik semasa," tegasnya.
Sebelum ini, peguam A Surendra Ananth berkata, pindaan Perlembagaan adalah lebih baik daripada menggubal undang-undang yang membatalkan kemenangan Ahli Parlimen atau ADUN yang melompat parti.
Astro Awani
Thu Jul 02 2020
Mohd Ridzuan (lima dari kiri) berkata, ia perlu berasaskan undang-undang PRU selain diwartakan dalam kadar segera. - Gambar MYNAC
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah
Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta tahun depan untuk memperhebat usaha menjadikan kawasan DUN Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan.
DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan
Peguam individu terlibat dengan penyebaran video yang didakwa berkaitan isu rasuah melibatkan seorang ADUN pernah mengadakan pertemuan dengan SPRM untuk mendapatkan perlindungan.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.
Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki
Tiada sebarang aduan diterima berkaitan rakaman audio didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit setakat ini.
Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.
Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.
PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan
Tuan Ibrahim berkata, ia berikutan landskap politik yang berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.