awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Segulai Sejalai untuk pastikan Kapit terus maju - Nanta

Bernama
Bernama
28/07/2025
04:00 MYT
Segulai Sejalai untuk pastikan Kapit terus maju - Nanta
Nanta (tiga dari kanan) beramah mesra dengan kakitangan kerajaan yang telah bersara dan yang berpindah ke tempat kerja baharu pada Majlis Kesyukuran dan Apresiasi Bahagian Kapit, malam tadi. - Gambar FB Alexander Nanta Linggi
KAPIT: Semua pihak diseru untuk mengamalkan semangat "Segulai Sejalai" atau bekerjasama dalam satu pasukan bagi memastikan Bahagian Kapit terus maju dan makmur setanding dengan bahagian lain di Sarawak.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pengalaman lepas sewajarnya dijadikan pengajaran apabila ketidaksepakatan politik pernah menjejaskan usaha pembangunan di kawasan itu.
"Ketika itu politik tidak bersatu, maka banyak pembangunan tergendala dan sukar dilaksanakan, tetapi apabila semua pemimpin kini berada di bawah satu bumbung menerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), serta wakil rakyat bekerjasama dengan baik, hasilnya sangat memberangsangkan," katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kapit berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kesyukuran dan Apresiasi Bahagian Kapit, di sini, malam tadi.
Nanta berkata, kestabilan politik yang dicapai membolehkan pelaksanaan dasar dan rancangan pembangunan dilaksana dengan lebih berkesan menerusi kerjasama rapat antara jabatan kerajaan, agensi pelaksana, serta sokongan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK).
"Kalau dahulu, ada masanya tumpuan lebih diberikan kepada sektor perindustrian dan bukan luar bandar, di samping peruntukan pembangunan yang kecil. Namun kini, Kapit menjadi kawasan yang dicemburui kerana kerjasama erat semua pihak," katanya.
Nanta berkata, rentak kerjasama sedia ada harus diteruskan demi memastikan pembangunan yang dinikmati kini dapat diperluaskan ke seluruh pelosok Kapit.
Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan penghargaan kepada kakitangan kerajaan yang telah bersara dan yang berpindah ke tempat kerja baharu.
"Kepada mereka yang bersara, terima kasih atas khidmat cemerlang dan kepada yang berpindah, bawalah imej positif Kapit ke mana sahaja anda ditugaskan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Segulai Sejalai
#pembangunan Kapit
#Alexander Nanta Linggi
#Ahli Parlimen Kapit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan