awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendapatan minimum pekerja gig ditentukan melalui perundingan berstruktur - KESUMA
Subsidi kerajaan kekang lonjakan harga tiket penerbangan musim perayaan - Loke
Kadar zakat fitrah di Kedah ditetapkan RM9, RM15 serta RM23 tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sejahtera MADANI buka lembaran baharu tangani kemiskinan - PM Anwar

Astro Awani
Astro Awani
24/07/2025
10:20 MYT
Sejahtera MADANI buka lembaran baharu tangani kemiskinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata, sambutan daripada sektor korporat amat menggalakkan apabila sasaran awal RM50 juta telah dilangkaui dengan komitmen mencecah RM120 juta sebelum pelancaran rasmi. - Gambar/ Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Pelancaran inisiatif Sejahtera MADANI hari ini membuka lembaran baharu dalam pendekatan negara menangani isu kemiskinan dan miskin tegar, dengan menekankan kerjasama erat antara kerajaan dan sektor korporat serta swasta.

Ringkasan AI
  • Pelancaran inisiatif Sejahtera MADANI menandakan pendekatan baharu kerajaan dalam menangani kemiskinan dan miskin tegar melalui kerjasama erat antara kerajaan, sektor korporat dan swasta.
  • Inisiatif ini merangkumi intervensi dalam bidang pendidikan, pendapatan, perumahan dan kebajikan, dengan sambutan sektor swasta yang memberangsangkan apabila sumbangan mencecah RM120 juta, melebihi sasaran awal RM50 juta.
  • Perdana Menteri menyeru rakyat berganding bahu membina masa depan yang adil dan inklusif, dengan semangat Sejahtera MADANI sebagai landasan untuk memastikan tiada sesiapa yang tertinggal dalam arus pembangunan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar ibrahim berkata, Sejahtera MADANI menghimpunkan kekuatan pelbagai pihak dalam usaha bersama kerajaan melalui intervensi yang merangkumi pendidikan, peningkatan pendapatan, perumahan dan kebajikan.
“Inisiatif ini adalah kesinambungan kepada usaha Kerajaan MADANI menoktahkan kemiskinan tegar. Sejak 2023, hampir 150,000 isi rumah berjaya keluar daripada kelompok miskin tegar dan harapan saya, menerusi Sejahtera MADANI, mereka ini dapat diangkat sepenuhnya daripada kepompong kemiskinan,” katanya dalam satu perkongsian di laman sosial beliau hari ini.
Menurut beliau, sambutan daripada sektor korporat amat menggalakkan apabila sasaran awal RM50 juta telah dilangkaui dengan komitmen mencecah RM120 juta sebelum pelancaran rasmi, mencerminkan kesediaan sektor swasta untuk memikul tanggungjawab sosial secara bersama.
“Kerajaan akan terus menyelaras usaha ini. Sama ada sumbangan besar mahupun kecil, yang penting ialah keikhlasan dan kesanggupan untuk turun padang menyumbang masa, tenaga dan kepakaran demi kesejahteraan bersama,” tambahnya.
Perdana Menteri juga menyeru seluruh rakyat agar berganding bahu membina masa depan yang lebih adil, inklusif dan sejahtera.
“Malaysia ialah negara hebat dengan rakyat yang berhati besar. Dengan semangat Sejahtera MADANI, marilah kita berganding bahu membina masa depan yang lebih adil, inklusif dan sejahtera tanpa meninggalkan sesiapa di belakang," katanya.
Topic Berkaitan
#Sejahtera MADANI
#Anwar Ibrahim
#miskin tegar
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan