awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sejam tahan sakit tangan kanan tersepit mesin

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
04/07/2022
11:04 MYT
Sejam tahan sakit tangan kanan tersepit mesin
Seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan hampir satu jam selepas tangan kanannya tersepit mesin pengupas kelapa dalam kejadian di Kampung Padang Satu, Bukit Kayu Hitam, Kedah hari ini. - Gambar JBPM
BUKIT KAYU HITAM: Seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan hampir satu jam selepas tangan kanannya tersepit mesin pengupas kelapa dalam kejadian di Kampung Padang Satu, di sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sebaik menerima panggilan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam dkejarkan ke lokasi pada pukul 2.51 petang.
"Setiba di lokasi, lelaki terbabit sedang menahan kesakitan dan tindakan awal anggota penyelamat menstabilkan mangsa untuk menghentikan pendarahan selain berusaha memotong mesin kelapa dengan menggunakan alat pemotong khas.
"Pasukan penyelamat mengambil masa hampir 40 minit sebelum tangan mangsa berjaya dikeluarkan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mangsa berusia 39 tahun itu berjaya kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan susulan sebelum dihantar ke Hospital Jitra untuk rawatan lanjut.
Topic Berkaitan
#tangan tersepit mesin
#mesin pengupas kelapa
#bomba
#Bukit Kayu Hitam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan