KUALA LUMPUR:Masih sangsi dengan keberkesanan vaksin dan fungsinya yang menyelamatkan jutaan nyawa manusia saban tahun? Tahukah anda negara telah melaksanakan pelbagai program imunisasi dengan jayanya sejak tujuh dekad lalu sehingga penyakit seperti polio kini hanya tinggal sejarah?
Saintis, Ts. Dr Ummirul Mukmimin Kahar daripada Institut Bioteknologi Kebangsaan (NIBM) menceritakan sejarah kejayaan Pelan Imunisasi Kebangsaan telah menyelamatkan dua hingga tiga juta nyawa rakyat Malaysia setiap tahun daripada pelbagai penyakit cegahan vaksin.
"Di Malaysia, Pelan Imunisasi Kebangsaan telah diperkenalkan pada awal tahun 1950. Perkhidmatan itu diberikan secara percuma untuk melindungi kanak-kanak daripada jangkitan tuberculosis (batuk kering), Hepatitis B, difteria, pertussis (batuk kokol), polio, measles (campak), mumps (beguk), rubella, human papillomavirus (HPV) dan Japanese encephalitis (JE).
"Untuk pengetahuan, Malaysia telah diiktiraf bebas daripada polio pada sekitar tahun 2010 oleh WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) dan pengiktirafan ini merupakan satu kejayaan besar kepada Pelan Imunisasi Kebangsaan," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual melalui aplikasi Zoom di sini, hari ini.
Selain itu, katanya, penyakit polio juga telah berjaya dibasmi di tiga benua iaitu Amerika, Eropah dan Pasifik Barat.
Menyingkap lagi mengenai kejayaan vaksin dunia, Dr Ummirul Mukminin memberi contoh penyakit smallpox (cacar air) dengan kadar kematian yang tinggi serta kesan parut atau buta pada mangsa-mangsa yang dijangkiti berjaya dibasmi di seluruh dunia pada tahun 1980.
"Contoh-contoh yang telah saya sebutkan tadi menunjukkan bahawa proses vaksinasi telah berjaya mengurangkan dengan ketara kadar kematian akibat penyakit cegahan vaksin.
"Imunisasi telah menjadikan dunia semakin selamat dengan menyelamatkan jutaan nyawa daripada dijangkiti penyakit yang boleh dicegah ini. Tanpa vaksin, pihak WHO menganggarkan kehilangan dua hingga tiga juta nyawa daripada jangkitan penyakit cegahan vaksin," katanya.
Pangkalan data WHO setakat ini merekodkan terdapat lebih 20 jenis vaksin yang telah dihasilkan dan berjaya menyelamatkan jutaan nyawa setiap tahun.
Justeru, katanya, bukti-bukti itu menunjukkan masyarakat tidak perlu bimbang untuk menerima sebarang vaksin walaupun ia vaksin untuk penyakit baharu.
Beliau menegaskan seperti semua ubat, vaksin juga telah menjalani ujian yang rapi untuk memastikan ia selamat sebelum dapat diperkenalkan di sebuah negara termasuk di Malaysia.
"Secara amnya, vaksin akan diuji buat pertama kali pada haiwan untuk menilai keselamatan dan potensinya untuk mencegah penyakit. Ia kemudian diuji bagi keberkesanan dan keselamatannya dalam ujian klinikal manusia di bawah selian badan-badan tertentu mengikut piawaian yang ketat seperti CDC (Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit) dan FDA (Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan) di Amerika Syarikat dan WHO.
"Di Malaysia, Kementerian Kesihatan (KKM) melalui NPRA (Bahagian Regulatori Farmasi Negara) akan menjalankan penyelidikan dan ujian dengan rapi sebelum meluluskan sesuatu vaksin dan ia perlu menepati kesemua tiga ciri utama iaitu selamat, berkesan dan stabil," katanya.
Beliau berkata NPRA turut memantau rapi semua laporan mengenai kesan sampingan, terutamanya yang berkait dengan vaksin yang akan diperoleh dan sentiasa berkomunikasi dengan syarikat pengeluar, WHO serta badan-badan kawal selia seumpamanya di seluruh dunia.
Bagi vaksin COVID-19 katanya, walaupun terdapat laporan kesan alahan kepada penerima selepas divaksinasi, namun vaksin berkenaan bukan penyebab reaksi alahan itu.
Kesan sampingan ringan daripada vaksin COVID-19 termasuk kemerahan atau sakit di tempat cucukan vaksin, namun ia akan pulih selepas dua hingga tiga hari, oleh itu katanya rakyat tidak perlu bimbang.
Mengulas mengenai golongan antivaksin yang terus menanam rasa curiga kepada masyarakat agar tidak menerima vaksin termasuk vaksin COVID-19, Dr Ummirul Mukminin memberi nasihat agar mendapatkan sumber dan maklumat yang sahih bagi mengatasi ketidakpercayaan kepada vaksin.
Rakyat katanya, boleh mendapatkan maklumat itu daripada laman web atau media sosial Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), KKM, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
"Secara kolektif, manfaat imunisasi adalah lebih besar daripada risikonya yang dikaji dan diketahui. Impak pengambilan vaksin tidak akan dapat dilihat dalam masa yang singkat.
"Ia memerlukan satu tempoh masa sehingga kita dapat memberi vaksinasi kepada sejumlah anggota masyarakat untuk melihat pengurangan bilangan jangkitan. Bersama-sama kita mengambil vaksin untuk lindungi keluarga, rakan-rakan dan semua di sekeliling kita dengan melindungi diri sendiri terlebih dahulu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 08 2021
Seperti semua ubat, vaksin juga telah menjalani ujian yang rapi untuk memastikan ia selamat sebelum dapat diperkenalkan di sesebuah negara termasuk di Malaysia. - Gambar hiasan
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Cakna kesihatan pelajar sebelum lakukan aktiviti luar kelas - Dzulkefly
Ibu bapa dan guru perlu cakna tentang kesihatan anak-anak dan pelajar sebelum mereka menjalankan aktiviti luar bilik darjah termasuk acara larian merentas desa ketika musim panas ini.
KKM arah hentikan jualan 'Kingu Ginseng Candy'
KKM meminta mana-mana peniaga termasuk peniaga dalam talian yang mempunyai stok produk gula-gula 'Kingu Ginseng Candy' untuk menghentikan serta-merta penjualannya.
Cuaca panas: KKM rekod 45 kes penyakit berkaitan haba setakat semalam
Sebanyak 45 kes penyakit berkaitan haba dilaporkan di seluruh negara setakat semalam melibatkan 33 kes kelesuan haba, 11 kes strok haba dan satu kes kejang haba.
KKM cadang pindaan Akta 50 berkenaan program Parallel Pathway disegerakan
Langkah itu adalah bagi menyelesaikan masalah kekurangan pakar perubatan yang berkhidmat di fasiliti kesihatan kerajaan di negara ini.
Strok haba: Seorang masih dirawat di ICU, seorang di wad biasa - KKM
Sebanyak 28 kes berkaitan haba direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM) sehingga semalam.
Inflasi kos perubatan dorong peningkatan kadar premium insurans - Timbalan Menteri Kewangan
Inflasi kos perubatan tinggi dan trend penggunaan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat merupakan antara faktor utama yang mendorong peningkatan kadar premium MHIT.
Parlimen: Analisis data projek rintis ubat rawat HIV menunjukkan penurunan
Analisis awal projek perintis penggunaan ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) yang digunakan untuk pencegahan HIV menunjukkan penurunan drastik.
Larangan merokok: KKM beri kuasa kepada 189 pegawai penguat kuasa
Kementerian Kesihatan memberi kuasa kepada 189 pegawai penguat kuasa bagi memastikan pematuhan orang ramai terhadap larangan merokok di tempat tidak dibenarkan.
Kutip deposit antara langkah tangani tunggakan kos perubatan warga asing
Kementerian Kesihatan mempunyai beberapa langkah bagi menangani risiko tunggakan kos perubatan bagi pesakit warga asing.
9,800 doktor kontrak diserap ke jawatan tetap, 6,000 dalam proses - Lukanisman
Ia selaras dengan komitmen kerajaan untuk menyerap 12,000 doktor kontrak ke jawatan tetap sehingga 2025.