Tokoh sejarawan dan ahli akademik Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, 82, meninggal dunia akibat masalah paru-paru di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di ibu negara sekitar pukul 10.45 pagi tadi.
Anaknya, Eddin Khoo ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan berita kematian ayahnya itu.
"Benar, beliau meninggal dunia sekitar 30 minit yang lalu selepas mengalami masalah paru-paru. Keluarga saya akan mengeluarkan satu kenyataan berhubung pengebumian dan acara penghormatan terakhir buat ayah saya dalam masa terdekat ini," kata Eddin ringkas.
Khay Kim merupakan seorang penerima Anugerah Merdeka 2018 berprestij dalam kategori pencapaian skolastik cemerlang kerana sumbangan gemilangnya terhadap penyelidikan sarjana, penyusunan interpretasi semula sejarah Malaysia dan dedikasi sepanjang hayat dalam pendidikan sejarah.
BACA: 'Pentadbiran British suatu ketika dahulu teratur, rasuah jarang berlaku' - Khoo Kay Kim
Khay Kim merupakan salah seorang individu yang membantu menggubal Rukun Negara berkata anugerah itu mengiktiraf individu yang menyumbang kepada pembangunan negara.
Tokoh sejarawan itu merupakan anak jati Perak yang dilahirkan di Kampar pada 28 Mac 1937.
Mendiang merupakan seorang ahli sejarahwan terkemuka di Malaysia dan mendapat kehormatan Emeritus dari Universiti Malaya.
Semasa zaman persekolahannya, beliau pernah menghadiri sekolah Inggeris di sebelah pagi dan sekolah Cina di sebelah petang.
Pada tahun 1959, beliau memperoleh ijazah B.A. (hons) dalam bidang sejarah daripada Universiti Malaya Singapura.
Pada tahun 1967, beliau mendapat ijazah sarjana M.A Sejarah daripada Universiti Malaya, Singapura dan Ph.D Sejarah daripada Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 1974.
Beliau mendapat Sarjana Kedoktoran (PhD) berdasarkan tesis beliau yang bertajuk “The beginnings of political extremism in Malaya 1915-1935 yang diseliakan oleh Prof. Kennedy G. Tregonning.
Beliau memulakan kerjayanya sebagai tutor dari tahun 1964 sehingga 1966. Kemudian, dari tahun 1966 hingga tahun 1967, beliau menjawat jawatan Pembantu Pensyarah (sementara) dan akhirnya menjadi Pembantu Pensyarah dari tahun 1967 hingga Julai tahun 1968.
Pada tahun 1974, beliau dilantik sebagai seorang Profesor sementara Mei tahun 1973 sehingga tahun 1975, mendiang dilantik Pemangku Ketua Jabatan Sejarah dan seterusnya sebagai Profesor Jabatan Sejarah pada Mei tahun 1975.
Pada 3 September 2018, Kay Kim bersama-sama Tokoh Animasi, Hassan Muthalib merupakan penerima Anugerah Merdeka 2018 yang disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.
Astro Awani
Tue May 28 2019

Anaknya, Eddin Khoo ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan berita kematian ayahnya itu. - Gambar fail/Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Gagal Rayuan | Kalwant Singh jalani hukuman mati Khamis
Mahkamah Rayuan Singapura hari ini menolak rayuan terakhir warga Malaysia, Kalwant Singh, sekali gus menyebabkan beliau akan menjalani hukuman gantung sampai mati seperti dijadualkan pada Khamis. Perkara itu disahkan peguamnya, Too Xing Ji. Kalwant, 32 tahun dijatuhkan hukuman mati pada 1 Jun 2016 atas kesalahan mengedar dadah.

Mahkamah | Pengeluaran RM1 juta arahan Syed Saddiq tak ikut prosedur
Seorang saksi dalam perbicaraan kes Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berdepan pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram memberitahu Mahkamah Tinggi pada Rabu bahawa pengeluaran wang RM1 juta adalah atas arahan Ahli Parlimen Muar dan tidak mengikut prosedur. Bekas Penolong Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Rafiq Hakim Razali, 32, berkata, pengeluaran wang daripada akaun Armada itu adalah salah kerana tiada kertas kerja dikemukakan untuk membolehkan wang itu dikeluarkan daripada bank pada 6 Mac 2020.

Kes SRC | Permohonan Peguam Diraja UK wakili Najib diputuskan 21 Julai
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan pada 21 Julai sama ada Peguam Diraja (QC) dibenarkan mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rayuan akhirnya berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta membabitkan SRC International Sdn Bhd. Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujah pendakwaan dan pembelaan berhubung permohonan bekas perdana menteri itu untuk membolehkan Jonathan Laidlaw dari United Kingdom mewakili beliau.

PM lawat syarikat utama pertahanan, aeroangkasa Turkiye di Ankara
Perdana Menteri yang dalam lawatan rasmi empat hari ke Turkiye melawat MKE Corporation dan Turkish Aerospace Industries (TAI).

Banjir Baling | Buat kandungan media sosial, polis boleh kenakan tindakan
Polis memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau pihak yang berlegar-legar di kawasan banjir di Baling semata-mata untuk membuat kandungan media sosial. Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, tindakan boleh dikenakan kerana tindakan mereka menghalang tugas penjawat awam.

Gangguan Bekalan Air | Penduduk Pulau Pinang buat pembelian panik air mineral
Penduduk Pulau Pinang menyerbu kedai dan pasar raya bagi mendapatkan stok air mineral selepas mengalami gangguan bekalan air pada Rabu. Bekalan air di seluruh negeri itu terputus selama empat jam menyebabkan penduduk panik dan bertindak membeli air minuman dalam kuantiti yang banyak.

Pasukan Khas Jihad | Isu bekalan minyak masak, ayam, telur dibentang pada Khamis
Laporan terkini berhubung kedudukan bekalan minyak masak paket satu kilogram, ayam dan telur dalam pasaran akan dibentangkan dalam mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi pada Khamis. Ia akan dibentangkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

10 Berita Pilihan - (06 Julai 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

KBS salur hampir RM60 juta bagi pembangunan fasiliti sukan di Pahang
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperuntukkan hampir RM60 juta sehingga kini bagi kerja-kerja menyelenggara dan membangunkan fasiliti sukan di Pahang.

Lelaki maut terkena tembakan senapang patah dibawa rakan
Seorang lelaki tempatan maut dipercayai terkena tembakan daripada selaras senapang patah yang dibawa rakannya di kebun durian berhampiran Sungai Gabai di Hulu Langat, pagi tadi.

Sejarawan negara Khoo Kay Kim, 82, meninggal dunia
Tokoh sejarawan dan ahli akademik Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim meninggal dunia akibat masalah paru-paru di Pusat Perubatan Universiti Malaya di ibu negara sekitar pukul 10.45 pagi tadi.

Sejarawan Khoo Kay Kim antara 7 individu terima Anugerah Merdeka 2018
Beliau merupakan penerima bersama dalam kategori pencapaian skolastik cemerlang kerana sumbangan gemilangnya terhadap penyelidikan sarjana, dan penyusunan interpretasi semula sejarah Malaysia.