awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SejaTi Madani: PM umum peruntukan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
14/07/2024
05:29 MYT
SejaTi Madani: PM umum peruntukan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu adalah untuk semua 317 tanah rancangan Felda, melibatkan peruntukan RM31.7 juta. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan peruntukan RM100,000 buat setiap tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi Program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTi Madani).

Ringkasan AI
  • Kerajaan akan menyediakan RM100,000 kepada setiap 317 tanah rancangan Felda melalui Program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTi Madani), dengan jumlah keseluruhan RM31.7 juta.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggalakkan penglibatan semua pihak termasuk jawatankuasa penduduk, jawatankuasa masjid, persatuan belia, dan wanita dalam merancang dan melaksanakan projek ekonomi tambahan di Felda.
  • Inisiatif ini bertujuan untuk merancakkan aktiviti ekonomi di Felda, dengan penekanan pada pentingnya projek-projek ekonomi seperti kraftangan atau hidroponik, sejajar dengan peruntukan RM1 bilion kepada Dana Komuniti MADANI yang diumumkan tahun lepas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu adalah untuk semua 317 tanah rancangan Felda, melibatkan peruntukan RM31.7 juta.
Menurutnya, beliau mahu semua pihak terlibat, termasuk jawatankuasa penduduk, jawatankuasa masjid, persatuan belia dan juga wanita.
“Saya umumkan setiap kampung, atau rancangan, termasuk di Felda, susun jawatankuasa dan termasuklah imam, jawatankuasa masjid, persatuan belia, semua golongan masyarakat…berkumpul.
“Cadang satu projek ekonomi tambahan dan saya lulus setiap kampung RM100,000. Sekarang ini ada kampung sudah berjalan projek ini.
“Cuma kawasan Felda ini, kita perlu susun bagaimana boleh dapat jalankan,” katanya.
Perdana Menteri juga berpendapat isu tersebut harus diberikan perhatian kerana adalah penting untuk merancakkan aktiviti ekonomi di Felda.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Peneroka Felda 2024 di MAEPS Serdang pada Ahad.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Felda, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Perdana Menteri pada hujung tahun lepas mengumumkan peruntukan RM1 bilion kepada Dana Komuniti MADANI tahun depan bagi membantu masyarakat desa memulakan projek ekonomi sendiri.
Beliau berkata, menerusi inisiatif itu, dana sebanyak RM100,000 akan disalurkan kepada setiap kampung, desa, rumah panjang mahupun projek perumahan rakyat (PPR).
Ia adalah bagi memulakan projek ekonomi seperti kraftangan atau hidroponik dan terkini, peruntukan itu disalurkan kepada 317 tanah rancangan Felda.
Topic Berkaitan
#Felda
#Perdana Menteri
#Anwar Ibrahim
#SejaTi Madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan