Rafizi Ramli mendedahkan, beliau dan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin serta Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar memang kadang-kala ada berjumpa untuk makan tengah hari bersama.
Dalam sebuah foto yang dimuat naik menerusi laman Twitternya pada Isnin, bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, meskipun mereka daripada parti politik yang berbeza, mereka memiliki aspirasi yang sama.
“Kami berkongsi aspirasi yang sama, iaitu untuk melihat Malaysia yang mampu menjana kekuatan dari perbezaan yang kita ada, memahami penuh serta menghormati perbezaan tersebut,” katanya.
Khairy bagaimanapun membalas posting tersebut dengan berseloroh, meminta Rafizi mempelajari cara untuk ‘filter’ (menyunting) foto itu terlebih dahulu sebelum memuatnaiknya.
Rafizi kemudian membalas pula dengan berkata, “Saya tidak akan memuatnaik gambar sebelum mahir menggunakan ‘filter’ terlebih dahulu.”
Bekas calon timbalan presiden PKR itu terkenal dengan sikapnya yang lantang dalam bersuara.
Beliau baru-baru ini mengakui pernah dikeji dan dimaki ketika mendedahkan kepincangan mengenai Tabung Haji (TH) pada 2015.
BACA: Saya pernah dimaki 'secara berjemaah' dalam isu Tabung Haji - Rafizi Ramli
Manakala Khairy pula dikenali dengan sikapnya yang sering mempunyai pandangan serta pendirian sendiri dalam partinya, UMNO, serta sentiasa memperjuangkan pendekatan parti yang lebih progresif.
Haider Yutim
Tue Dec 11 2018
Rafizi, Nurul Izzah dan Khairy bergambar bersama sewaktu sesi makan tengah hari mereka. - Foto Twitter/@rafiziramli
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Isu perkauman: Muhammad Fawwaz akui sudah beri keterangan polis
Ahli Parlimen Permatang Pauh Muhammad Fawwaz Mohamad Jan memaklumkan beliau telah memberi keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut.
Kembali ke PAC atas reformasi, bukan soal pusingan U - Nurul Izzah
Nurul Izzah Anwar sekali lagi menegaskan keputusannya untuk kembali menyertai PAC adalah atas agenda reformasi kerajaan dan bukan soal 'pusingan U'.
Gelaran 'bekas diktator' itu adalah fakta, kata Nurul Izzah
Nurul Izzah Anwar mempertahankan kenyataannya bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah 'bekas diktator'.
Keputusan Nurul Izzah tepat - Johari
Datuk Johari Abdul menegaskan tindakan yang diambil Nurul Izzah Anwar untuk meletak jawatan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu keputusan yang tepat.
'Sekali sekala, kami jumpa untuk makan tengah hari bersama'
Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, meskipun mereka daripada parti politik yang berbeza, mereka memiliki aspirasi yang sama.
'Kalau jumpa si Azrul tu saya suruh dia pakai cawat besi' - Syed Saddiq
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara individu yang memberikan maklum balas terhadap berita tular mengenai Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.