awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu perkauman: Muhammad Fawwaz akui sudah beri keterangan polis

Bernama
Bernama
10/04/2023
08:33 MYT
Isu perkauman: Muhammad Fawwaz akui sudah beri keterangan polis
Muhammad Fawwaz berkata keterangan itu diberikan pada 3 petang, Jumaat lepas. - Gambar fail
BUKIT MERTAJAM: Ahli Parlimen Permatang Pauh Muhammad Fawwaz Mohamad Jan memaklumkan beliau telah memberi keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, dekat sini berhubung kertas siasatan berunsur perkauman membabitkan dirinya.
Muhammad Fawwaz berkata keterangan itu diberikan pada 3 petang, Jumaat lepas.
"Isu ini sedang dalam siasatan polis. Saya telah memberi keterangan berkaitan isu ini kepada pihak polis (di) IPD Timur Laut, jadi biarlah siasatan dijalankan.
"Saya tidak mahu mengulas lanjut kerana dalam siasatan. Saya pun tidak ingat bila hantaran itu dibuat dan bila ia dipadam oleh pengendali Facebook saya. Isu ini tak ada apa-apa pun, sengaja dibangkitkan. Ia bukan isu baharu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar yang memetik Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebagai berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sudah membuka kertas siasatan berhubung kenyataan berunsur perkauman, membabitkan dua wakil rakyat daripada Perikatan Nasional (PN).
Kertas siasatan itu dibuka ke atas Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Muhammad Fawwaz yang juga Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang.
Saifuddin Nasution dilaporkan berkata siasatan ke atas Abdul Hadi dan Muhammad Fawwaz dibuat mengikut Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan dengan Muhammad Fawwaz didakwa membuat fitnah ke atas orang bukan Islam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#isu perkauman
#Ahli Parlimen Permatang Pauh
#Muhammad Fawwaz Mohamad Jan
#Saifuddin Nasution
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan