awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tim Cook beli saham Nike bernilai AS$3 juta
ByteDance dijangka belanja AS$14 bilion untuk cip AI NVIDIA H200
Penyelarasan pemeriksaan di KLIA terima reaksi positif, pergerakan penumpang semakin lancar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS sekat import minyak sawit FGV? Tidak beri impak signifikan kepada industri Malaysia

Astro Awani
Astro Awani
01/10/2020
03:42 MYT
AS sekat import minyak sawit FGV? Tidak beri impak signifikan kepada industri Malaysia
India dan China masih lagi menjadi pengimport terbesar minyak kelapa sawit dengan 200,000 hingga 300,000 sebulan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Sekatan segera Amerika Syarikat (AS) terhadap import minyak sawit Malaysia dan produk berkaitan daripada FGV tidak memberi kesan signifikan kepada industri itu.
Sebaliknya, pedagang kelapa sawit David Ng berkata jika dibandingkan dengan China dan India, jumlah kuantiti import kelapa sawit AS adalah jauh lebih sedikit iaitu hanya 50,000 tan sebulan.
Katanya, India dan China masih lagi menjadi pengimport terbesar minyak kelapa sawit dengan 200,000 hingga 300,000 tan sebulan.
"Melihat kepada jumlah eksport minyak kelapa sawit ke AS, negara itu hanya mengimport minyak sawit untuk penggunaan bahan api bio sahaja.
"Kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS jelas menyatakan bahawa sekatan itu dikenakan ke atas semua produk berkaitan minyak kelapa sawit untuk jangka masa pendek ini," katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Khamis.
AS mengenakan sekatan segera terhadap import minyak sawit dan produk berkaitan dari sebuah syarikat Malaysia selepas siasatan selama setahun didakwa mendedahkan berlakunya penggunaan buruh paksa dalam proses pengeluaran berkenaan.
CBP dalam kenyataan mengeluarkan arahan untuk menahan kemasukan produk sawit dan minyak sawit dari FGV Holding Berhad di pelabuhan mengikut undang-undang persekutuan yang melarang import barangan dihasilkan oleh buruh paksa.
Dalam pada itu, David Ng melihat harga minyak sawit (CPO) Malaysia dijangka terus stabil suku keempat tahun ini berikutan pemintaan dari China dan India.
"Secara teknikal, kami meletakkan harga CPO yang lebih tinggi iaitu pada RM3,000 pada pasaran.
"Namun demikian, saya melihat harga tidak akan turun di bawah paras RM2,600 pada suku keempat tahun ini," tambahnya.
Menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), eksport sawit ke AS dari Januari hingga Ogos tahun ini menurun sebanyak 11 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Bagaimanapun, eksport ke China, Korea Selatan, Netherlands dan Pakistan mencatatkan peningkatan.
BACA: Amerika Syarikat haramkan import produk sawit dari FGV
Topic Berkaitan
#Netherlands
#Amerika Syarikat
#harga minyak
#India
#China
#FGV
#harga minyak sawit
#Majlis Minyak Sawit Malaysia
#Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan