SHAH ALAM: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak kerajaan khususnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menutup atau menyekat akaun individu yang menyebarkan ajaran The Ahmadi, Religion of Light and Peace di media sosial.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, tindakan itu perlu dilakukan bagi mengekang ajaran The Ahmadi terus tersebar terutamanya kepada golongan muda.
Katanya, seperti sedia maklum apabila melibatkan media sosial, ia menjadi satu perkara terbuka dan mudah tersebar.
“Bila media sosial orang akan kongsi link. Saya fikir mereka sasarkan anak-anak muda kerana golongan itu ramai yang menggunakan media sosial.
“Jadi ada kewajaran untuk pihak berkuasa terutamanya di peringkat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) termasuk Majlis Agama Islam di seluruh negeri untuk bekerjasama bagi melaporkan perkara ini sekali gus tindakan susulan yang mungkin boleh diambil oleh SKMM,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Pada Khamis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menjelaskan ajaran The Ahmadi bertentangan dengan syariat Islam.
Mohd Na’im berkata, pihaknya akan memastikan semua kandungan di media sosial mengenai ajaran itu diturunkan seberapa segera bagi mengelakkan masyarakat daripada terpengaruh.
Sebelum ini tular mengenai akaun TikTok dipercayai milik Bishop atau ketua ajaran The Ahmadi yang mendapat sambutan ketika bersiaran langsung.
AKAUN TERSEBUT MEMPUNYAI LEBIH 30,000 PENGIKUT
Mengulas lanjut, tambah Ahmad Fahmi, selain daripada elemen menyekat sebarang penyiaran secara langsung, perlu juga ada pihak tertentu seperti majlis agama dan ulama memberi hujah balas.
“Apa yang dikemukakan oleh kumpulan ini perlu diberi penjelasan supaya menjawab apa yang dibangkitkan dan diajarkan oleh mereka,” ujarnya.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Badlishah Sham Baharin berkata, pihaknya menentang penyebaran ajaran sesat seperti ajaran The Ahmadi di media sosial.
Jelasnya, malah Ikram juga sudah membuat laporan polis mengenai perkara tersebut.
“Kami menuntut agar pihak berkuasa seperti polis dan SKMM untuk menyiasat dan mengambil tindakan sesuai seperti menutup atau menyekat akaun mereka yang menyebar ajaran sesat di media sosial.
“Kita juga mahu Majlis Agama Islam di setiap negeri sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan sebarang ajaran sesat tidak disebarkan dalam kalangan masyarakat,” jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 09 2024
Kecoh di media sosial dengan kedatangan ajaran agama baharu iaitu The Ahmadi.
Akta Laut Wilayah masih sah, terpakai termasuk di Terengganu - PMO
Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu membuat keputusan menolak pemakaiannya.
Yakeb sasar 1,000 bekas atlet baharu tahun ini
Yakeb menyasarkan seramai 1,000 bekas atlet dapat berdaftar di bawah yayasan itu sepanjang tahun ini. Yayasan Kebajikan Atlet K
Pulau Pinang mahu perbanyak kedai makan mesra muslim
Kerajaan Pulau Pinang berhasrat memperbanyakkan kemudahan terutama kedai makan mesra Muslim bagi memperkasakan lagi industri pelancongan di negeri ini.
Tiga firma semikonduktor mahu labur AS$100 juta di Pulau Pinang - Chow
Syarikat berkenaan adalah China Wafer Level CSP Co (WLCSP), Ningbo SJ Electronics Co (SJE) dan Wuxi AMTE Inc (AMTE).
Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.
41 kes kebakaran terbuka di Gua Musang sejak Februari - Bomba
Aktiviti pembakaran terutamanya di kebun, ladang dan hutan perlu dielakkan ketika musim panas ini.
Runtuhan bangunan di Gaza akan ambil masa 14 tahun untuk dialihkan - Pegawai PBB
Serangan Israel telah meninggalkan runtuhan yang dianggarkan seberat 37 juta tan dalam satu wilayah yang padat dengan penduduk.
Fokus Minggu Depan: Gelanggang PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Ikuti kupasan Timbalan Ketua (Strategi), Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang bermula seusai proses penamaan calon pada Sabtu.
Wanita lintas jalan hingga akibatkan kemalangan direman
Seorang wanita berusia 35 tahun yan melintas jalan sehingga mengakibatkan berlakunya kemalangan maut di KM98.6 LPT 1 direman dua hari.
MINDEF sedia dapatkan khidmat pakar luar negara jika perlu
Kementerian Pertahanan sedia mendapatkan khidmat pakar dari luar negara jika diperlukan untuk membantu siasatan nahas dua helikopter TLDM yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya.
Ajaran sesat 'The Ahmadi': PDRM ambil tindakan jika ancam, ganggu ketenteraman - Saifuddin
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan lanjut sekiranya wujud ancaman yang boleh mengganggu ketenteraman awam.
Sekat segera ajaran The Ahmadi
Tindakan itu perlu dilakukan bagi mengekang ajaran The Ahmadi terus tersebar terutamanya kepada golongan muda.
Ajaran The Ahmadi bertentangan dengan syariat Islam - Mohd Na'im
Pihaknya akan memastikan semua kandungan di media sosial mengenai ajaran itu diturunkan seberapa segera bagi mengelakkan masyarakat daripada terpengaruh.
LGBT: Kertas siasatan pengikut ajaran 'The Ahmadi' ke Pejabat Peguam Negara
Kertas siasatan terhadap lapan pengikut fahaman The Ahmadi yang melakukan perhimpunan berkaitan hak-hak LGBT di depan Sogo, telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara semalam.