awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekatan perpindahan pemain Kelantan ditarik

Bernama
Bernama
27/07/2023
20:25 MYT
Sekatan perpindahan pemain Kelantan ditarik
FIB telah menerima segala dokumen yang diperlukan untuk menarik perintah sekatan perpindahan pemain yang telah dikenakan.
KUALA LUMPUR: Badan bebas First Instance Body (FIB) telah menarik balik sekatan perpindahan pemain pada jendela kedua pasukan tercorot Liga Super, Kelantan FC, berkuat kuasa semalam.
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam kenyataan memaklumkan FIB telah menerima segala dokumen yang diperlukan untuk menarik perintah sekatan perpindahan pemain yang telah dikenakan.
"Namun begitu, penarikan balik sekatan perpindahan pemain ini adalah berbeza dan tidak mempunyai impak ke atas sebarang sekatan perpindahan pemain yang dikenakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ataupun Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas ini," menurut kenyataan itu.
Pada awal bulan ini Kelantan menerima padah apabila dijatuhkan hukuman sekatan perpindahan pemain pada jendela kedua bermula 5 Julai lepas.
Hukuman itu susulan kegagalan skuad The Red Warriors itu menghantar bukti bayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), selain tunggakan gaji pemain serta pegawai, bagi tempoh April dan Mei lepas sebelum tarikh akhir yang ditetapkan pada 28 dan 30 Jun lepas.
Kelantan mengalami musim Liga Super yang buruk apabila hanya mengumpul lima mata selepas meraih satu kemenangan dan dua seri dalam 17 perlawanan setakat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kelantan FC
#sekatan perpindahan pemain
#Liga Super
#MFL
#First Instance Body
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan