Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Sekolah di lima negeri, Putrajaya beroperasi semula Isnin

Bagi Kuala Lumpur, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) memaklumkan sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sentul dan Keramat akan dibuka semula untuk pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka mulai Isnin. -Gambar fail
Bagi Kuala Lumpur, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) memaklumkan sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sentul dan Keramat akan dibuka semula untuk pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka mulai Isnin. -Gambar fail

Advertisement

Ringkasan AI

  • Sekolah di Melaka, Perak, Negeri Sembilan, Pahang dan Putrajaya akan beroperasi seperti biasa mulai Isnin selepas bacaan IPU menurun.
  • Di Kuala Lumpur, hanya sekolah di bawah PPD Sentul dan Keramat dibuka semula, manakala PPD Bangsar/Pudu kekal ditutup kerana IPU tidak sihat.
  • Semua jabatan pendidikan akan terus memantau kualiti udara bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid serta warga sekolah terjamin.

KUALA LUMPUR: Sekolah yang ditutup susulan jerebu di Melaka, Perak, Negeri Sembilan, Pahang dan Wilayah Persekutuan Putrajaya akan kembali beroperasi seperti biasa pada Isnin, manakala pembukaan semula sekolah di Kuala Lumpur hanya melibatkan dua kawasan.

Bagi Kuala Lumpur, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) memaklumkan sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sentul dan Keramat akan dibuka semula untuk pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka mulai Isnin.

Keputusan itu dibuat susulan penurunan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) selama tiga hari berturut-turut, dengan Stesen Batu Muda merekodkan bacaan 84 setakat jam 2 petang Ahad.

Sehubungan itu, pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) serta arahan Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di kedua-dua daerah berkenaan ditamatkan.

Bagaimanapun, penutupan sekolah di bawah PPD Bangsar/Pudu diteruskan berikutan bacaan IPU di Stesen CA16W Cheras masih berada pada tahap tidak sihat, iaitu 152 dalam tempoh sama.

Pelaksanaan PdPR serta arahan BDR bagi guru dan AKP di kawasan berkenaan akan diteruskan sehingga tarikh yang dimaklumkan kelak.

Di Perak, semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) turut beroperasi seperti biasa selepas bacaan IPU di semua stesen pemantauan negeri itu berada di bawah paras 150 setakat jam 2 petang Ahad.

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP) mengesahkan semua sekolah di bawah pentadbirannya akan beroperasi seperti biasa selepas bacaan IPU di Putrajaya mencatatkan 70, dengan trend penurunan selama tiga hari berturut-turut.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka mengesahkan semua institusi pendidikan di negeri itu akan beroperasi semula mulai Isnin, tertakluk kepada pengesahan rasmi pihak berkuasa berhubung perkembangan terkini IPU.

JPN Pahang dan JPN Negeri Sembilan turut memaklumkan institusi pendidikan di bawah pentadbiran masing-masing akan beroperasi semula mulai Isnin.

Semua jabatan pendidikan berkenaan akan terus memantau perkembangan kualiti udara dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid serta warga sekolah sentiasa terpelihara.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Bilakah sekolah yang ditutup akibat jerebu akan dibuka semula di Melaka, Perak, Negeri Sembilan, Pahang dan Putrajaya? 
    A: Sekolah di Melaka, Perak, Negeri Sembilan, Pahang dan Wilayah Persekutuan Putrajaya akan kembali beroperasi seperti biasa pada hari Isnin.
  • Q: Apakah status pembukaan sekolah di Kuala Lumpur selepas penurunan bacaan IPU? 
    A: Di Kuala Lumpur, hanya sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Sentul dan Keramat akan dibuka semula untuk pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka mulai Isnin.
  • Q: Mengapa sekolah di bawah PPD Bangsar/Pudu masih ditutup? 
    A: Sekolah di bawah PPD Bangsar/Pudu masih ditutup kerana bacaan IPU di Stesen CA16W Cheras masih berada pada tahap tidak sihat, iaitu 152.
  • Q: Bagaimana status operasi sekolah di Perak, Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan? 
    A: Semua institusi pendidikan di Perak, Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan akan beroperasi semula mulai Isnin selepas bacaan IPU di negeri-negeri tersebut berada di bawah paras 150.
  • Q: Apakah langkah yang diambil oleh jabatan pendidikan berkaitan kualiti udara? 
    A: Semua jabatan pendidikan akan terus memantau perkembangan kualiti udara dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid serta warga sekolah sentiasa terpelihara.

Product Recommendation Section Title

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

adidas Football Manchester United Bottle Unisex Red IY0435

adidas Football Manchester United Bottle Unisex Red IY0435

TYESO Insulated Tumbler 900ml/1200ml

TYESO Insulated Tumbler 900ml/1200ml

900ml 304 Stainless Steel Handheld Thermos Insulated Vacuum Tumbler Mugater Bottle with Straw Handle cawan termos

900ml 304 Stainless Steel Handheld Thermos Insulated Vacuum Tumbler Mugater Bottle with Straw Handle cawan termos

adidas Bunga Unisex Adicolor Backpack Bag (IJ0761) Sport Planet 22-20

adidas Bunga Unisex Adicolor Backpack Bag (IJ0761) Sport Planet 22-20

Must Watch Video

Advertisement