awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekolah di N. Sembilan turut ditutup kerana jerebu teruk

Bernama
Bernama
15/09/2015
02:48 MYT
Sekolah di N. Sembilan turut ditutup kerana jerebu teruk
Kementerian Pendidikan mengeluarkan arahan supaya sekolah di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka ditutup hari ini berikutan IPU menghampiri bacaan 200 (tidak sihat).
Semua sekolah di negeri ini ditutup hari ini berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk.
Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Kalsom Khalid berkata penutupan dibuat atas arahan Kementerian Pendidikan.
"Lewat malam tadi, Kementerian Pendidikan mengeluarkan arahan supaya sekolah di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka ditutup hari ini berikutan IPU menghampiri bacaan 200 (tidak sihat)," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata penutupan pada Khamis ini selepas bercuti esok sempena sambutan Hari Malaysia, turut bergantung kepada arahan kementerian.
Kalsom berkata guru juga diberikan cuti tetapi masih perlu hadir untuk menguruskan keselamatan murid dan pelajar yang masih datang ke sekolah kerana tidak mendapat makluman mengenai penutupan sekolah.
"Bila sudah selesai semua urusan itu, mereka boleh pulang," katanya.
Topic Berkaitan
#jerebu
#Kalsom Khalid
#Negeri Sembilan
#sekolah
#tutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan