Kementerian Pendidikan memberi amaran kepada pihak sekolah agar tidak menyembunyikan kegiatan penyalahgunaan dadah yang berlaku dalam kalangan pelajar, kata Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau menegaskan laporan mengenai kegiatan terbabit yang berlaku di sekolah rendah dan menengah perlu dimaklumkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah sebelum ia diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk tindakan lanjut.
"Jangan kerana kes yang berlaku melibatkan dua atau tiga orang pelajar, kita (pihak sekolah) tidak mahu buat laporan (kes dadah) kepada pejabat pendidikan daerah. Pejabat pendidikan daerah boleh merungkai semua sekali kepada Jabatan Pendidikan.
"Apabila laporan dibuat kita boleh tahu negeri dan daerah mana yang jumlahnya (kes dadah) kritikal," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Sekolah Kebangsaan Kampong Perak di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed pada 18 April yang menyatakan 825 daripada 23,583 pelajar sekolah menengah di seluruh negara yang menjalani ujian saringan air kencing, didapati positif dadah dalam tempoh suku pertama tahun ini.
Menurut Mahdzir, kementerian bekerjasama dengan polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) serta Persatuan Mencegah Dadah Malaysia bagi mencegah kegiatan itu daripada terus berleluasa dalam kalangan pelajar selain mengenal pasti kawasan ''hot spot'' di luar bandar dan bandar.
Beliau berkata sekiranya pelajar ditangkap kerana mengedar atau memiliki dadah, kes terbabit diserahkan sepenuhkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut termasuk ujian air kencing.
"Pihak sekolah akan berhubung dengan ibu bapa pelajar berkenaan dan guru kaunseling akan memberi penjelasan dan nasihat berhubung penyalahgunaan dadah kepada mereka," katanya.
Mengenai statistik pelajar sekolah rendah dan menengah yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah, Mahdzir berkata daripada 14,049 pelajar yang diuji, 554 daripadanya positif dadah bagi tempoh Januari hingga 15 Mac ini.
"Kebanyakan pelajar terlibat dalam penyalahgunaan dadah yang berasaskan kepada pil sintetik kerana mudah diperoleh dan kebanyakan yang terlibat adalah pelajar Tingkatan Empat dan Lima," katanya.
Dalam perkembangan lain, Mahdzir berkata jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Alias Ahmad sedang membincangkan secara terperinci berhubung cadangan untuk membenarkan penggunaan gajet dan peranti elektronik ke sekolah bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran (PDP).
"Dasar pendidikan sedia ada sekarang ialah tidak membenarkan pelajar membawa gajet ke sekolah.
"Zaman telah berubah dan teknologi semakin tinggi dan dunia semakin maju ke hadapan tetapi kita masih tidak membenarkan pelajar membawa gajet," katanya.
Mahdzir berkata satu bentuk pekeliling mengenai keputusan rasmi kementerian akan dikeluarkan dalam masa terdekat. -- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 20 2017
Mahdzir dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (kanan)mengiringi Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menandatangani plak sempena perasmian SMK Kampong Perak di Batu Kurau hari ini. -- fotoBERNAMA
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Polis tahan dua lelaki, rampas 1,064 pil yaba
Polis menahan seorang penganggur berusia 20-an di Kampung Cherang Melintang, Chabang Empat dan merampas 542 pil yaba dalam beg silang miliknya.
Kes dadah: Peniaga lega terlepas hukuman mati
Lim yang gembira dengan keputusan mahkamah sempat berterima kasih kepada peguam, K Mahendran, sebaik keputusan pendakwaan dibacakan hakim.
Penghantar barang ditahan bersama 41.28 kg dadah, 300 botol vape mengandungi ganja
Risikan lebih sebulan dilakukan terhadap pergerakan lelaki itu yang berperanan sebagai pengedar dadah di sekitar Melaka sejak awal 2023.
Malaysia sita RM990 juta harta berkaitan jenayah dadah sejak 2019 - Saifuddin Nasution
Malaysia kekal teguh melaksanakan strategi berkesan untuk memerangi ancaman jenayah dadah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ketat.
Cubaan lelaki Thailand seludup 14,000 pil dadah di Langkawi gagal
Lelaki berusia berusia 42 tahun itu ditahan di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Feri Langkawi, pada jam 2.30 petang Rabu.
Op Tapis Khas 2: 5,041 ditahan, dadah bernilai lebih RM324,000 dirampas - Polis
Tangkapan dilakukan di 3,727 lokasi antaranya kawasan Felda, Felcra, projek Perumahan rakyat dan perkampungan nelayan.
Lelaki rosakkan barangan rumah angkara dadah
Polis Daerah Ampang Jaya menerima aduan daripada seorang wanita yang juga adik kandung suspek berhubung kejadian pada jam 4 petang.
Polis tembak tayar kereta dipandu suspek pengedar dadah
Dalam kejadian jam 9.35 malam itu, suspek yang memandu Toyota Hilux ditahan selepas 40 minit dikejar anggota Unit Kereta Peronda Polis.
Reman enam suspek terlibat sindiket dadah disambung tujuh hari
Sambung reman terhadap keenam-enam suspek berumur 40 dan 74 tahun itu bermula Selasa hingga 4 Mac ini.
Dadah bernilai RM4.02 juta dirampas, enam suspek ditahan
Suspek ditahan dalam tiga serbuan di sekitar Melaka, Johor dan Pahang pada 21 Feb lepas.