MALAYSIA
Sekolah dinasihat kurangkan aktiviti luar bilik darjah susulan jerebu, cuaca panas di Sarawak

Laporan menunjukkan kualiti udara di Sarawak berada pada tahap sederhana, dengan Lundu mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 88 setakat pagi ini. -Gambar fail/Bernama
KUCHING: Pengurusan sekolah di Sarawak dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti luar bilik darjah bagi mengurangkan risiko pelajar terdedah kepada masalah kesihatan susulan keadaan berjerebu dan cuaca panas berterusan.
Ringkasan AI
- Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak menasihatkan sekolah supaya mengehadkan aktiviti luar bilik darjah susulan cuaca panas dan jerebu yang berterusan.
- Aktiviti kokurikulum dan sukan disarankan dijalankan di dalam bangunan, dengan pemantauan bacaan IPU serta penggunaan pelitup muka bagi melindungi kesihatan pelajar, khususnya yang menghidap asma.
- Laporan menunjukkan kualiti udara di Sarawak berada pada tahap sederhana, dengan Lundu mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 88 setakat pagi ini.
"Kita juga kena ambil langkah pencegahan dan berwaspada, kerana bacaan jerebu juga tinggi dan dapat hidu bau asap yang kuat semasa cuaca seperti ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Penganugerahan Penajaan Pendidikan 2025 Petronas Memperkasakan Ilmu di sini hari ini.
Beliau turut menyarankan pihak sekolah menjalankan aktiviti kokurikulum dan sukan di dalam bangunan bagi menjaga kesihatan pelajar khususnya mereka yang menghidap asma, selain menggalakkan penggunaan pelitup muka sebagai langkah pencegahan terhadap kesan buruk jerebu.
"Pihak sekolah juga diminta sentiasa memantau bacaan indeks pencemaran udara (IPU) sebelum membuat sebarang tindakan," katanya.
Sementara itu, media tempatan melaporkan hari ini Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) mengesan kualiti udara pada tahap sederhana di semua 18 stesen pemantauan di seluruh Sarawak pagi ini.
Antaranya di Lundu mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 88 berbanding 79 yang direkodkan pada 4 petang semalam dan setakat 8 pagi ini, manakala Kuching pula kekal pada 74.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami