awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sektor pelancongan Sabah berkembang 3.0 peratus pada 2023 - DOSM

Bernama
Bernama
18/12/2024
20:00 MYT
Sektor pelancongan Sabah berkembang 3.0 peratus pada 2023 - DOSM
Mohd Uzir berkata industri pelancongan di Sabah telah menyediakan peluang pekerjaan kepada 362,700 individu dengan pertumbuhan sebanyak 7.1 peratus. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Industri pelancongan Sabah mencatat pertumbuhan 3.0 peratus pada 2023, menyumbang 11.7 peratus kepada ekonomi negeri, menurut Akaun Satelit Pelancongan Wilayah (ASPW) Sabah yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Perangkawan DOSM Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata Nilai Ditambah Kasar Industri Pelancongan (NDKIP) di Sabah merekodkan RM13.1 bilion pada 2023 (2022: RM12.7 bilion) yang disokong aktiviti perdagangan runcit serta perkhidmatan penginapan, makanan dan minuman.
"Dari segi pertumbuhan, perdagangan runcit mencatatkan pertumbuhan 2.2 peratus dan perkhidmatan penginapan, makanan dan minuman berkembang 2.7 peratus.
"Selain itu, agensi pengembaraan, penempahan lain, perkhidmatan kebudayaan, sukan dan rekreasi dan perkhidmatan khusus bercirikan pelancongan negara; dan perkhidmatan pengangkutan penumpang serta jualan runcit bahan api kenderaan masing-masing mencatatkan pertumbuhan 4.4 peratus dan 6.1 peratus pada 2023," katanya.
Mohd Uzir berkata penggunaan pelancongan domestik di Sabah berjumlah RM8.2 bilion, disokong oleh perbelanjaan pelancongan inbound pada 2023.
Perbelanjaan pelancongan inbound menyumbang 50.9 peratus (2022: 45.5 peratus) kepada penggunaan pelancongan domestik selaras pemulihan semula aktiviti pelancongan global pada 2023 selepas pandemik COVID-19.
"Namun, sumbangan perbelanjaan pelancongan domestik menurun 49.1 peratus pada 2023 berbanding 54.5 peratus daripada penggunaan pelancongan domestik di Sabah," katanya.
Sementara itu, perbelanjaan pelancongan domestik di Sabah merekodkan RM4.0 bilion (2022: RM3.2 bilion) dan berkembang 26.7 peratus pada 2023.
Pertumbuhan ini didorong oleh aktiviti membeli-belah yang menyumbang 47.4 peratus serta perkhidmatan penginapan dan makanan dan minuman sebanyak 34.5 peratus.
Mohd Uzir berkata industri pelancongan di Sabah telah menyediakan peluang pekerjaan kepada 362,700 individu dengan pertumbuhan sebanyak 7.1 peratus.
"Guna tenaga dalam industri pelancongan Sabah menyumbang 22.4 peratus kepada jumlah keseluruhan guna tenaga di Sabah. Sektor perdagangan runcit serta perkhidmatan penginapan dan makanan dan minuman penyumbang utama dengan jumlah keseluruhan 86.0 peratus pada 2023," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabah
#NDKIP
#pelancongan
#Mohd Uzir Mahidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan