GEORGE TOWN: Sektor pembuatan di Pulau Pinang berharap kerajaan Persekutuan akan mempercepatkan pelaksanaan program vaksinasi secara besar-besaran untuk barisan hadapan ekonomi apabila kumpulan vaksin COVID-19 yang baharu tiba di Malaysia, dijangka pada Jun.
Penasihat Khas Pelaburan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Lee Kah Choon berkata beberapa persatuan pembuatan telah membuat persiapan untuk melaksanakan program vaksinasi secara besar-besaran untuk pekerja industri.
Beliau berkata kaedah yang diselaraskan di bawah Model Imunisasi Perkongsian Awam-Swasta diperlukan untuk menyelaraskan vaksinasi secara besar-besaran dengan berkesan untuk barisan hadapan ekonomi dan mencapai imuniti kelompok.
"Dengan Pulau Pinang sebagai antara penerima pelaburan langsung asing yang utama antara negeri-negeri di Malaysia, kami berharap kerajaan Persekutuan dapat mempercepatkan pelaksanaan program vaksinasi secara besar-besaran untuk pekerja kami apabila kumpulan vaksin yang baharu tiba di Malaysia," katanya pada sidang media secara maya di sini hari ini.
Turut hadir wakil dari Persatuan Syarikat Zon Perindustrian Bebas Pulau Pinang, Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA), InvestPenang, Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) dan Persatuan Industri Perubatan Malaysia.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah memperkenalkan Model Imunisasi Perkongsian Awam-Swasta, membolehkan syarikat dengan lebih 1,500 pekerja mewujudkan pusat vaksinasi di lokasi tertentu, dan kerajaan akan menanggung kos vaksin manakala perbelanjaan logistik dan kakitangan perubatan akan ditanggung oleh sektor swasta.
Sementara itu, Setiausaha Agung SAMENTA Yeoh Seng Hooi berkata antara kebimbangannya dengan program vaksinasi secara besar-besaran ialah logistik vaksin, sama ada ia akan dapat mencapai perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Yeoh berkata PKS antara penyumbang ekonomi yang terbesar di Malaysia, tetapi pada masa sama, sektor itu yang paling teruk terjejas semasa pandemik COVID-19.
"Pelaksanaan vaksin akan menjadi amat penting (bagi PKS), justeru, kami berharap jika terdapat program vaksinasi secara besar-besaran, kami dibenarkan untuk menjadi sebahagian daripadanya bersama syarikat-syarikat yang lebih besar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 28 2021
Beberapa persatuan pembuatan di Pulau Pinang telah membuat persiapan untuk melaksanakan program vaksinasi secara besar-besaran untuk pekerja industri. - Gambar fail
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
P. Pinang sedia jadi pemangkin rantaian nilai cip - Ketua Menteri
Pulau Pinang mampu menyumbang kepada pencapaian matlamat Malaysia seperti yang dibayangkan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
Pulau Pinang: Pelancongan kapal persiaran catat pertumbuhan lebih kukuh
Bilangan tempat berlabuh kapal antarabangsa dan jumlah penumpang terus menunjukkan trend peningkatan.
Cuti Aidilfitri: Pulau Pinang 'sesak' dengan pelancong
Pelancong tempatan dan luar negara membanjiri Pulau Mutiara hingga menyebabkan beberapa lokasi tumpuan menjadi sesak sejak awal pagi tadi.
Aidilfitri: PBAPP gerakkan 13 lori tangki air hingga Ahad ini
PBAPP menggerakkan 13 lori tangki air bermula semalam hingga 14 April ini sebagai langkah bersiap siaga untuk mengelak atau meminimumkan gangguan bekalan air.
Tesla aktifkan stesen pengecas super baharu di Pulau Pinang
Pengaktifan stesen itu melancarkan perjalanan pemilik Tesla untuk merentasi laluan dari Singapura ke Johor dan seterusnya ke Pulau Pinang.
P. Pinang guna kelebihan diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk tarik pelancong
Satu laporan peruncit di UK, Post Office, meletakkan Pulau Pinang di tempat ke-11 dalam senarai destinasi pelancongan termurah di seluruh dunia.
P. Pinang pantau rapi kapasiti Empangan Air Itam
PBAPP mengambil langkah awal sejak Februari, dengan melaksanakan Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024 (AIDAP 2024) menerusi beberapa strategi.
Peniaga didenda RM70,000 simpan haiwan eksotik tanpa lesen
PENIAGA DIDENDA RM70,000 SIMPAN HAIWAN EKSOTIK TANPA LESEN
Banglo 99 pintu belum diwarta sebagai bangunan warisan
Bangunan Banglo 99-Door Mansion di Jalan Byram, Nibong Tebal tidak dapat melalui proses pewartaan sebagai bangunan warisan kerana pemiliknya belum mengemukakan sebarang permohonan setakat hari ini.