awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banglo 99 pintu belum diwarta sebagai bangunan warisan

Bernama
Bernama
14/03/2024
10:55 MYT
Banglo 99 pintu belum diwarta sebagai bangunan warisan
Jumaat lepas, media tempatan melaporkan sebuah kren yang dipercayai digunakan oleh produksi filem dilaporkan tumbang dan menimpa banglo berkenaan. - Gambar fail/ Sinar Harian
GEORGE TOWN: Bangunan Banglo 99-Door Mansion di Jalan Byram, Nibong Tebal tidak dapat melalui proses pewartaan sebagai bangunan warisan kerana pemiliknya belum mengemukakan sebarang permohonan setakat hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri H'ng Mooi Lye berkata Jabatan Pelancongan, Seni dan Warisan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) pernah mengemukakan permohonan untuk menyenaraikan Banglo 99-Door Mansion sebagai bangunan warisan bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.
"(Namun), bangunan 99-Door Mansion adalah harta persendirian dan pemilik bangunan tersebut masih belum buat apa-apa permohonan untuk diwartawakan walaupun dalam senarai MBSP, ia disenaraikan sebagai bangunan warisan," katanya kepada pemberita pada sidang media di Pejabat Ketua Menteri di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan MBSP untuk mengeluarkan surat kepada pemilik bangunan berkenaan supaya memperbaiki banglo usang itu mengikut semua peraturan dan prosedur warisan ditetapkan.
H'ng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Jawi berkata surat berkenaan telah dikeluarkan selepas kejadian kren tumbang atas bangunan itu pada minggu lepas.
Jumaat lepas, media tempatan melaporkan sebuah kren yang dipercayai digunakan oleh produksi filem dilaporkan tumbang dan menimpa bangunan berkenaan sehingga menyebabkan struktur bumbung dan dinding banglo yang memiliki 99 pintu itu runtuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banglo 99 pintu
#kren tumbang
#bangunan warisan
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan