NATIONAL
Sektor penerbangan kini dibuka: Ini senarai garis panduan yang perlu dipatuhi

Sektor pengangkutan udara antara sektor yang dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). - Foto Fail
SEKTOR pengangkutan udara antara sektor yang dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Bagaimanapun, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyenaraikan garis panduan yang perlu dipatuhi.
PENERBANGAN BERJADUAL & KARGO
- Perkhidmatan penerbangan berjadual penumpang dan kargo bagi laluan domestik dan antarabangsa.
- Perkhidmatan general aviation termasuk business & private jet operation.
Pemeriksaan suhu badan dan pemakaian 'face mask'
• Menggunakan thermal scanner (pengimbas suhu) sebelum memasuki terminal lapangan terbang.
• Mewajibkan face mask kepada semua individu yang memasuki terminal.
Pendaftaran masuk di kaunter • Penguatkuasaan penjarakan 1 meter di antara penumpang.
• Penandaan garisan bagi penjarakan sosial.
• Penggunaan face mask oleh ejen kaunter syarikat penerbangan.
• Menggunakan hand sanitizer selepas urusan di kaunter 'check in' (daftar masuk).
Aturan tempat duduk dalam pesawat • Penjarakan sosial dengan pengosongan tempat duduk di antara penumpang.
• Tidak membenarkan preference block tempat duduk oleh penumpang.
• Nyahkuman ruang pesawat.
• Melaksanakan proses nyahkuman pesawat selepas operasi.
Boarding (menaiki pesawat) • Penguatkuasaan penjarakan 1 meter di antara penumpang.
• Penggunaan face mask oleh ejen kaunter syarikat penerbangan.
Meal Service (penyediaan makanan) • Mengelakkan close contact (kontak rapat) dengan penumpang.
Lavatory Service (perkhidmatan tandas) • Pembersihan tandas sekurang-kurangnya 1 kali bagi setiap 5 kali penggunaan.
LAPANGAN TERBANG • Perkhidmatan lapangan terbang
• Perkhidmatan pengendalian darat
• Perkhidmatan kawalan trafik udara
• Perkhidmatan sekolah penerbangan / kolej penerbangan / latihan penerbangan (sama seperti sektor pengajian tinggi)
Waktu Beroperasi: Mengikut waktu operasi padang terbang
Waktu Kehadiran Pelanggan: Mengikut waktu operasi padang terbang
Kapasiti Pekerja: 100%Pemantauan gejala COVID-19
• Memantau gejala COVID-19 di kalangan penumpang, pengguna dan pekerja lapangan terbang melalui pemeriksaan suhu badan.
Penggunaan sanitizer, face mask dan rubber gloves • Kakitangan dikehendaki menggunakan sanitizer, face mask, dan rubber gloves apabila bertugas berdasarkan kesesuaian lokasi kerja.
• Penggunaan face mask dan sanitizer adalah wajib kepada penumpang dalam pesawat.
Penjarakan sosial dan tatacara keselamatan kesihatan pekerja • Pemakaian face mask oleh setiap pekerja di kawasan umum adalah diwajibkan.
• Memastikan garis panduan amalan terbaik social / penjarakan sosial disediakan seperti tanda jarak 1 meter di lantai, meja dan kerusi.
Kesiapsiagaan dalam sebarang perkembangan terkini COVID-19 • Emergency Operation Centre (EOC) dan Airport Crisis Management Team MASB dalam keadaan berjaga-jaga dan sentiasa menunggu arahan / perkembangan terkini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami