JELEBU: Sektor perikanan Malaysia merekodkan pengeluaran berjumlah 1.3 juta tan metrik sejak Januari hingga bulan ini sekali gus berupaya menjamin sekuriti makanan dalam negara.
Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan) Wan Muhammad Aznan Abdullah berkata jumlah itu merangkumi subsektor perikanan tangkapan, akuakultur dan perikanan darat di seluruh negara.
"Sebanyak 400,000 tan metrik lagi akan capai tahap menyamai rekod tahun lepas iaitu 1.79 juta tan metrik dan dijangka akan terus meningkat. Sekuriti makanan di negara ini sekarang mencapai 92 peratus, sektor akuakultur akan jamin peningkatan bekalan ikan dalam negara selain ikan sumber laut.
"Kita juga akan meningkatkan kadar pengeluaran benih dari segi kadar tumbesarannya seperti udang galah ada sistem tertentu digunakan dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Usahawan MyAgropreneur Perikanan (myAP) dan MyKomuniti Perikanan (myKP) Zon Selatan di sini hari ini.
Program berkenaan dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias.
Wan Muhammad Aznan berkata menjelang 2030, kerajaan menyasarkan sumbangan menerusi sektor perikanan sebanyak 40 peratus daripada keseluruhan pengeluaran perikanan negara dengan antara lain perlu diterajui aplikasi teknologi moden untuk meningkatkan produktiviti seiring perkembangan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0).
Beliau berkata penyediaan sumber tenaga kerja melalui penglibatan golongan belia yang kompeten juga perlu dipergiat dalam pelbagai sektor khususnya industri penternakan.
Dalam pada itu, beliau berkata sektor akuakultur di Negeri Sembilan merupakan penyumbang terbesar pengeluaran perikanan negeri meliputi 90.78 peratus (5,587.4 tan metrik) secara keseluruhan yang berjumlah RM73,867,000 bagi tahun lepas melibatkan 431 pengusaha berdaftar.
Peruntukan pembangunan sebanyak RM302,400 juga, katanya telah disalurkan kepada Jabatan Perikanan Negeri Sembilan bertujuan memperkasakan tahap keusahawanan, pembangunan komuniti dan kemahiran teknikal kepada 57 peserta projek myAP dan myKP.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata larangan pengambilan kupang dan kerang-kerangan atau dwicengkerang di negeri ini dan Melaka masih dikuatkuasakan demi keselamatan pengguna, susulan dicemari biotoksin berbahaya serta tidak selamat dimakan pada April lepas.
Menurut Wan Muhammad Aznan pihaknya akan mengemas kini maklumat terkini berhubung perkara itu dari masa ke masa susulan makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur masih mengesan biotoksin melebihi kadar had pengambilan yang selamat, selain kehadiran plankton.
"Setakat ini, 16 kali sampel kupang dan air diambil. Kita ada prosedur operasi standard yang memperuntukan tempoh dua bulan sebagai tempoh bertenang bagi memastikan kerangan ini benar-benar selamat dimakan dan dijangka awal Oktober untuk ketahui sama ada boleh dimakan atau tidak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 27 2024
Jumlah pengeluaran itu merangkumi subsektor perikanan tangkapan, akuakultur dan perikanan darat di seluruh negara. - Gambar hiasan/Bernama
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
AWANI Ringkas: Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk ke AGC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Belanjawan 2025: LKIM harap belanjawan pacu transformasi sektor perikanan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia harap Belanjawan 2025 dapat menjadi pemangkin kepada transformasi sektor perikanan.
Sektor perikanan Malaysia rekod 1.3 juta tan metrik pengeluaran setakat Julai
Jumlah itu merangkumi subsektor perikanan tangkapan, akuakultur dan perikanan darat di seluruh negara.
UMTJ, LKIM jalin kerjasama majukan sektor perikanan
Menerusi kerjasama itu pembangunan sektor perikanan menerusi teknologi dron, sensor IoT dan aplikasi Super Apps akan diperkenalkan.
Kapal nelayan moden tingkatkan hasil tangkapan
Kapal sepanjang 29 meter dengan sistem tangkapan pukat jerut 'purse seiner' itu mampu menyimpan 120 tan hasil tangkapan pada satu satu masa.
Sindiket orang tengah: Anwar gesa kerajaan bertindak, jangan biar nelayan tertekan
Jangan biarkan sindiket orang tengah terus menekan golongan nelayan di negara ini. Itu penegasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi kenyataan ringkas dalam laman sosial Facebook bel
Cabaran pasca-COVID dalam subsektor perikanan tuntut komitmen berterusan LKIM
Komitmen itu juga penting agar hasil perikanan sentiasa mencukupi dalam terus menjamin sekuriti makanan negara.
MOA garis langkah tangani kesan El Nino terhadap sektor agro makanan
Pelbagai langkah diambil bagi menangani kesan cuaca panas terutama di utara Semenanjung, Sabah dan Timur Sarawak yang memberi kesan berbeza terhadap tanaman, ternakan dan perikanan.