awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekumpulan pelajar ditahan dipercayai bergaduh tidak puas hati dibaling pemadam

Bernama
Bernama
25/05/2023
16:35 MYT
Sekumpulan pelajar ditahan dipercayai bergaduh tidak puas hati dibaling pemadam
Balveer menasihati agar masyarakat tidak mensensasikan isu tersebut kerana ia boleh memberi implikasi kepada keharmonian berikutan siasatan masih berjalan. - Gambar Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Polis menahan sekumpulan pelajar tingkatan tiga kerana dipercayai terlibat dalam pergaduhan di hadapan sebuah sekolah menengah di kawasan Kempas, di sini, pada petang Rabu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh berkata pergaduhan yang berlaku pada 3.43 petang itu turut menyebabkan beberapa pelajar menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah, di sini kerana mengalami kecederaan luka di kepala serta lebam di kaki dan tangan.
"Siasatan polis mendapati kejadian berlaku berpunca daripada rasa tidak puas hati seorang daripada pelajar yang telah dibaling pemadam pensil oleh rakan sekelasnya, dua hari sebelum pergaduhan.
"Susulan itu, pihak polis telah membuat beberapa tangkapan dalam kalangan pelajar yang dipercayai terlibat," katanya dalam kenyataan, pada Khamis.
Beliau berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
Sehubungan itu, Balveer menasihati agar masyarakat tidak mensensasikan isu tersebut kerana ia boleh memberi implikasi kepada keharmonian berikutan siasatan masih berjalan.
"Polis menasihati masyarakat agar bersikap rasional dalam menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi dan janganlah melakukan perbuatan melulu sehingga boleh dikenakan tindakan undang-undang," katanya.
Semalam tular beberapa keping gambar pelajar sekolah dengan ada yang berlumuran darah di aplikasi WhatsApp yang mendakwa terdapat kejadian gaduh melibatkan sekumpulan pelajar sekolah di Kempas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#WhatsApp
#kejadian gaduh
#pelajar sekolah
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan