KOTA KINABALU: Enam pelajar perempuan dan seorang bekas pelajar dari sebuah sekolah menengah di Inanam ditahan polis selepas video mereka membelasah seorang pelajar lain tular di media sosial sejak malam Jumaat.
Semua individu berusia antara 13 hingga 17 tahun itu ditahan pada jam 11.52 malam di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Kinabalu sejurus laporan polis dibuat oleh bapa mangsa.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, susulan laporan berkenaan polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung kejadian itu.
"Seramai enam pelajar dari sekolah yang sama dan juga seorang remaja berusia 17 tahun yang juga merupakan bekas pelajar sekolah berkenaan ditahan bagi membantu siasatan kes itu.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Mohd Zaidi menegaskan bahawa polis memandang berat kes berkenaan dan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk perbuatan membuli dan atau kekerasan yang melibatkan pelajar sekolah di daerah ini.
"Polis Kota Kinabalu juga ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik sebarang rakaman video yang boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat sebelum mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa," katanya.
Sebelum itu, tular satu video berdurasi 21 saat di aplikasi WhatsApp dan Facebook yang memaparkan sekumpulan pelajar perempuan membelasah seorang pelajar lain di sebuah kawasan lapang.
Tindakan mereka menumbuk dan menendang pelajar terbabit turut mendapat kecaman daripada warganet. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jul 09 2022

Rakaman video menunjukkan mangsa ditendang dan dipukul dalam kejadian pergaduhan membabitkan pelajar sekolah di Inanam. - Foto Sinar Harian

Bekas Presiden Pakistan Pervez Musharraf meninggal dunia
Bekas pemimpin tentera itu menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Dubai setelah lama menerima rawatan.

AS-China | Belon pengintip ditembak jatuh, lapangan terbang ditutup
Tiga lapangan terbang di utara dan Selatan Carolina, Amerika Syarikat ditutup kira-kira dua jam pada Sabtu. Langkah itu diambil bagi memberi laluan kepada tentera Amerika Syarikat menembak jatuh belon milik China, disyaki digunakan untuk tujuan pengintipan.

Suara Rakyat | Struktur retak, pasar Karamunting perlu segera dipindah
Keretakan pasar Karamunting, tanah merah semakin hari semakin teruk. Jika dibiarkan, bimbang ada nyawa yang akan jadi korban. Sebelum nasi menjadi bubur suara rakyat menggesa agar lokasi pasar usang ini dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.

Baling botol kaca: Tujuh individu termasuk tiga wanita ditahan
Kesemua mereka yang berusia 21 hingga 31 tahun itu, ditahan semalam dan hari ini di sekitar Dang Wangi.

Had waktu main bunga api, hanya pada musim perayaan - Lee Lam Thye
Garis panduan yang dilaksanakan juga perlu seiring dengan pemerkasaan penguatkuasaan.

Online Scam | DPDM sambut baik kerjasama Malaysia Singapura tangani isu
Hala tuju kerjasama Malaysia Singapura dalam menangani isu penipuan dalam talian bakal menjadi pemangkin merancakkan lagi sektor perniagaan digital di negara ini. Presiden Dewan Perniagaan Digital Malaysia, Chris Daniel Wong berkata pihaknya menyambut baik kerjasama perkongsian maklumat dan kepakaran dalam menangani isu ini.

Thaipusam | Batu Caves terus jadi tumpuan
Kehangatan sambutan Thaipusam sehingga petang ini masih lagi meriah dengan pengunjung tidak putus masuk dan keluar di Batu Caves. Untuk perkembangan lanjut kita terus bersama Raja Hisyam Raja Zaid yang berada di sana sejak pagi tadi.

Dilantik Penasihat Kanan: 'Beri peluang kepada Nurul Izzah', sindir Ahmad Faizal
Ahmad Faizal berkata, jika seorang ayah melantik anaknya sendiri, sudah tentu Nurul Izzah mempunyai kebolehan yang 'sangat hebat'.

Keselamatan | Keupayaan teknologi ketenteraan dan ancaman global
Pakar Keselamatan UPNM, Prof Dr Mizan Asla berkata, situasi itu telah menjadi isu besar dan boleh menjadi ketegangan malah lebih buruk lagi ke arah peperangan.

Pantau Kerajaan Baharu : Kewajaran penjualan mercun dan bunga api | 5 Feb 2023
Bersama Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, aktiviti bermain dengan mercun seperti tradisi bagi masyarakat Tianghoa di negara ini. Katanya, aktiviti tersebut boleh membangkitkan sambutan perayaan lebih meriah namun harus dipastikan pengeluaran dan pembeliannya tidak melalui kaedah penyeludupan.

Baling botol kaca: Tujuh individu termasuk tiga wanita ditahan
Kesemua mereka yang berusia 21 hingga 31 tahun itu, ditahan semalam dan hari ini di sekitar Dang Wangi.

Dua lelaki ditahan kes gaduh depan pasar
Mangsa ialah lelaki warga tempatan berusia 18 tahun yang merupakan pelajar kolej swasta di Kuala Lumpur.

Polis kenal pasti, kesan individu baling botol kaca ke jalan raya
Polis telah mengenal pasti individu dalam video tular yang membaling sebuah botol kaca dari balkoni sebuah kediaman ke arah jalan raya dan pengesanan terhadapnya sedang giat dilakukan.

Polis minta waris, saksi buat laporan nahas di Rawang Bypass
Kejadian dipercayai berlaku melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang wanita tempatan berusia 33 tahun.

Video tular bakar mercun, polis buka kertas siasatan
Polis membuka kertas siasatan berhubung video tular kejadian pembakaran bunga api dan mercun secara besar-besaran di atas jalan raya dekat Simpang Pulai.

Berang disindir dalam program realiti TV dipercayai punca 2 isteri jurulatih bergaduh
Berang disindir dalam sebuah program realiti televisyen dipercayai menjadi punca pergaduhan dua isteri jurulatih bola sepak di sebuah restoran di Shah Alam.

Sotong gergasi 2.5 meter dirakam di luar pantai Jepun
Satu rakaman video sotong gergasi sepanjang 2.5 meter yang jarang dijumpai di luar pantai Jepun tular di media sosial.

Video tular ceroboh rumah: Lelaki 23 tahun ditahan polis
Seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan pihak polis selepas mengaku terlibat dengan kejadian pencerobohan rumah di Taman Seri Idaman seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

KPM siasat video tular ibu dakwa terima wang BAP tak cukup
Seorang wanita mempersoalkan tindakan seorang guru didakwa dengan sengaja mengurangkan jumlah asal wang BAP kepada RM100.

Terperangkap dalam kontena selepas bermain dengan rakan
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata, tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu.