MAKANAN dapat menyatukan kita semua. Tidak kira sama ada waktu sarapan, minum petang ataupun di rumah terbuka, ia antara faktor untuk ahli keluarga dan sahabat handai berhimpun.
Sebut tentang makanan, setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza. Ada yang tak suka yang 'biasa-biasa', ada pula yang suka sajian mewah.
Bagi yang poketnya 'tebal', harga bukan isu utama, asalkan dapat menikmati hidangan yang tidak ramai dapat menikmatinya.
Berikut disenaraikan enam makanan paling mahal dalam dunia:
1. Tiram
Harga: RM206-RM309 per hidangan
Sejenis makanan laut yang mungkin tidak digemari ramai orang, malah ia sebelum ini tidak pun dikategorikan sebagai sajian mahal.
Malah suatu ketika dahulu, tiram pernah menjadi hidangan 'isi perut' bagi golongan pekerja kerana harganya yang murah dan boleh didapati dengan kuantiti yang banyak.
Namun, dengan peredaran masa, ia kini menjadi makanan istimewa bagi orang kaya, dengan hanya beberapa restoran eksklusif sahaja yang menjualnya.
Harga yang ditawarkan pula di antara AS$50–AS$100 (RM206-RM309).
2. Foie Gras
Harga: RM371 – RM453 setiap setengah kilogram
Ada kisah di sebalik Foie Gras ini yang tidak senang didengari.
Foie Gras datangnya daripada bahagian hati itik atau angsa yang telah digemukkan.
Orang Mesir zaman dahulu dengan secara paksa menggemukkan haiwan tersebut demi mendapatkannya.
Namun, perkara itu tidak lagi berlaku selepas wujud penguatkuasaan undang-undang terhadap penghasilannya.
Foie Gras masih menjadi hidangan di beberapa negara tertentu dengan anggaran harga RM371 – RM453 untuk setiap paun.
3) Daging Wagyu
Memang tidak dapat dinafikan lagi, wagyu cukup terkenal dengan jolokan daging paling mahal di pasaran kerana teksturnya yang lembut dan 'mencair' sebaik masuk ke mulut.
Ia merupakan daging yang dipotong dari empat jenis baka lembu yang berasal dari Jepun.
Harganya sangat mahal kerana proses pemeliharaannya yang cukup teliti, merangkumi penjagaan dan pemakanan haiwan tersebut.
Harganya boleh mencecah sehingga RM2,000 untuk satu kilogram atau RM820 bagi setiap paun.
Ia boleh didapati di restoran yang menyediakan hidangan Jepun.
4. Cendawan Matsutake
Lazimnya cendawan biasa yang popular dalam masakan harian kita harganya tidak melebihi RM10 sepaket.
Namun, jangan bandingkan semua itu dengan cendawan yang bernama Matsutake.
Spesies cendawan ini tumbuh di benua Asia, Eropah dan Amerika Utara, selain menjadi tumpuan masakan di Jepun, Korea dan China.
Ciri cendawan Matsutake yang cukup unik dan sukar ditemui ini menyebabkan harganya mahal kerana proses pencariannya yang amat rumit.
Antara sebabnya adalah habitat tumbesarannya sangat terpilih iaitu hanya tumbuh di akar pokok pain merah.
Malah ia sering diancam serangan ulat, dan sukar untuk dibiakkan dalam persekitaran makmal.
Harga sekilo cendawan Matsutake ini boleh mencecah RM2,500, itupun jika anda boleh menjumpainya dijual di pasaran.
5. Ayam Cemani
Pernah nampak ayam berwarna serba hitam? Ayam cemani cukup unik dengan paruh, balung, kaki dan bulunya yang berwarna hitam.
Sebenarnya, kejadian ayam yang berasal dari Indonesia ini sebegitu kerana ia memiliki gen dominan yang menyebabkan hiperpigmentasi.
Dalam sesetengah kepercayaan, memakan daging ayam cemani dikatakan mampu menyembuhkan semua jenis penyakit kerana dagingnya menyimpan khasiat yang istimewa.
Ia juga dikaitkan dengan 'takdir' yang baik. Sama ada dakwaan itu betul atau tidak, masih tidak dapat dibuktikan kesahihannya.
Ayam cemani dijual sekitar harga RM10,000 seekor atau lebih.
Antara penyumbang utama kepada harganya yang tinggi adalah kerana ayam jenis ini sukar untuk dibiakkan.
6. Kaviar Almas
Tidak lengkap senarai makanan paling mahal jika tidak disertakan dengan kaviar.
Secara tradisional, makanan berupa telur ikan ini diperoleh daripada ikan sturgeon yang biasanya hidup di perairan Amerika Barat dan Amerika Utara.
Kaviar Almas pula adalah yang paling mahal dalam variasi telur ikan sturgeon itu.
'Almar' secara terjemahan langsung bermaksud 'berlian' dalam bahasa Rusia, dan adakalanya dipanggil sebagai kaviar putih atau kaviar emas.
Sekilo kaviar gred terbaik boleh mencecah puluhan ribu dolar AS. Secara perbandingannya anda boleh membeli sebuah kereta atau aset lain pada harga sebegitu.
Kenapa ia sangat mahal? Kaviar Almas bukan sahaja dihasilkan oleh ikan sturgeon albino yang jarang ditemui, malah ikan tersebut hanya bertelur sekali di antara usia 60 dan 100 tahun.
Ikan jenis ini sememangnya mempunyai jangka hayat yang panjang memandangkan ia hanya memilih kawasan perairan yang bebas pencemaran.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Faris Danial Razi
Sat Jun 19 2021
Selain daging wagyu, ini antara makanan termahal di dunia. -Pixabay/Unsplash
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Selain daging wagyu, ini antara makanan termahal di dunia
Jika anda terfikir untuk melepaskan tuntutan nafsu makan dengan makanan yang mewah dan harganya juga mungkin kurang senang didengari.