awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ISTAF beri Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada Hannah
Tengku Permaisuri Selangor rasmi Majlis Puisi Dirgahayu Tuanku
Tiga tenaga import baharu perkuat Negeri Sembilan menjelang lawan JDT
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Armada pertahan Muhyiddin, sifatkan Bersatu PD hanya cari publisiti murahan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
07/07/2025
13:15 MYT
Armada pertahan Muhyiddin, sifatkan Bersatu PD hanya cari publisiti murahan
Harris Idaham Rashid menegaskan Muhyiddin Yassin mendapat mandat akar umbi untuk menerajui parti sehingga tamat penggal. - Foto fail/ig @harrisidaham
KUALA LUMPUR: Sayap Pemuda Bersatu, Armada, menegaskan pendirian teguh menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden parti yang sah dan mendapat mandat akar umbi.
Kenyataan itu dikeluarkan Ketua Penerangan Armada, Harris Idaham Rashid susulan tindakan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Port Dickson, Akkil Aizat Othman yang mendakwa bahagian itu sebulat suara meluluskan usul mencadangkan peralihan kepimpinan parti.
Menerusi satu video sebelum ini, Akkil Aizat memaklumkan bahawa Bersatu Bahagian Port Dickson mencadangkan supaya Datuk Seri Hamzah Zainudin mengambil alih peranan sebagai Presiden parti, menggantikan Muhyiddin.
Bagaimanapun, Harris menegaskan Muhyiddin mendapat mandat akar umbi untuk menerajui parti sehingga tamat penggal.
"Sayap Armada Bersatu berpendirian tegas bahawa Muhyiddin adalah Presiden yang mendapat mandat daripada seluruh akar umbi parti untuk mentadbir Bersatu sehingga habis penggal. Sokongan terhadap Presiden tidak berbelah bahagi," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Usul yang dibawakan Bahagian Port Dickson itu menurut Harris Idaham, langsung tidak mencerminkan pendirian akar umbi Bersatu.
Sebaliknya kata beliau, ia hanya cubaan mencari publisiti murahan.
"Armada bertegas akan mempertahankan institusi Presiden terhadap ancaman daripada luar mahupun dalam," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Hamzah Zainudin
#Muhyiddin Yassin
#Bahagian BERSATU
#Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan