KUALA LUMPUR: Syor mewujudkan undang-undang mewajibkan Ahli Parlimen mengisytihar harta perlu turut melibatkan Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli lembaga syarikat berkaitan kerajaan.
Menurut Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar, sudah sampai masanya undang-undang itu dilaksanakan bagi mencegah rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan pemimpin serta ahli politik.
"Yang pertama, kita hendaklah melibatkan bukan sahaja Ahli Parlimen tetapi juga ADUN dan juga ahli-ahli lembaga syarikat kerajaan kerana (dalam kalangan) mereka juga banyak penyelewengan dan salah guna kuasa dilakukan.
"Selain itu, untuk isytihar (harta) ialah pada hari pertama memegang jawatan dan mungkin, setahun dua tahun sekali kita isytihar dan akhir sekali apabila tamat perkhidmatan. Itu boleh dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sudah tentu SPRM akan mengadakan aset profiling setiap Ahli Parlimen, ADUN dan sebagainya dan kepada keluarga," katanya kepada Astro AWANI pada Khamis.
Sebelum ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil mengesyorkan undang-undang yang mewajibkan Ahli Parlimen mengisytiharkan harta mereka digubal segera bagi membolehkan tindakan dan hukuman lebih keras diambil ke atas ahli politik yang gagal berbuat demikian.
Ujarnya, parti-parti politik sama ada pembangkang atau pemerintah hendaklah menerima dan meluluskan undang-undang ini di Parlimen.
"Kalau ikut kepada kajian Global Corruption Barometer (GCB) 2014, antara institusi paling rasuah sekali ialah institusi politik. Kajian dibuat GCB 2020 sekali lagi mendapati Ahli Parlimen merupakan yang paling rasuah sekali di antara institusi dibuat kajian," jelas beliau lagi.
Dalam perkembangan sama, Akhbar berkata, mengikut Bank Dunia, kira-kira 70 peratus negara di seluruh dunia telah melaksanakan undang-undang isytihar harta.
"Malah, di Thailand juga mereka mempunyai undang-undang ini di mana jika ada yang tidak isytihar aset, individu itu boleh dipenjara selama enam bulan.
"Begitu juga di Korea Selatan dan Filipina mereka ada undang-undang ini, kerana kita masuk politik sebab bukan kerana nak kaya, tetapi kita masuk politik sebab rakyat," tegasnya lagi.
Astro Awani
Thu Jul 15 2021
Datuk Seri Akhbar Satar menjelaskan, sudah sampai masanya undang-undang itu dilaksanakan bagi mencegah rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan pemimpin serta ahli politik. - Gambar fail
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
'Menteri bebas rasuah berdasarkan pemantauan pihak berkuasa' - Anwar jawab Syed Saddiq
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar meneliti ucapannya berhubung barisan menteri Kabinet yang bersih daripada rasuah.
Tuntutan palsu: SPRM tahan lima penjawat awam di Sabah
Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Dakwaan bukan Islam paling ramai rasuah, Sanusi perlu mohon maaf - Anthony
DAP mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Muhammad Sanusi yang mengaitkan masyarakat bukan Islam sebagai pemberi dan penerima rasuah terbanyak.
Rasuah: Ramai terpalit, nak cari yang bersih cukup susah - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad tidak akan mengizinkan amalan rasuah melibatkan barisan menteri Kabinet di bawah kepimpinannya.
Jenayah rentas sempadan: Negara anggota FBINAA perlu ada set undang-undang seragam - Zahid
Kerjasama antara negara anggota mampu mengekang daripada membuka pintu untuk menyebarkan aktiviti haram, tegas TPM.
Kes Jana Wibawa: SPRM sedang kesan 'Datuk Roy'
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu.
Seorang penguat kuasa ditahan SPRM terima suapan RM1,800
Pegawai penguat kuasa ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kerana disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM1,800.
Rasuah: Langkah gergasi untuk sebuah transformasi
Keputusan skor Malaysia yang jatuh 1 mata daripada tahun 2021 menunjukkan skor persepsi rasuah amat dipengaruhi oleh beberapa perkara.
Penjawat awam berdepan 16 pertuduhan terima rasuah RM45,000
Seorang penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu di sini hari ini atas 16 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM45,000, pada tujuh dan enam tahun lalu.
SPRM tahan lelaki terlibat kes penipuan bernilai RM730,000
Seorang lelaki ditahan SPRM Sabah dipercayai terlibat dengan satu penipuan bernilai RM730,000.