awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selamatkan Harimau Malaya: Pastikan lambang Jata Negara kekal relevan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
28/07/2019
08:41 MYT
Selamatkan Harimau Malaya: Pastikan lambang Jata Negara kekal relevan
Siti Hasmah dan Wan Azizah semasa melawat pameran yang diadakan sempena sambutan Hari Harimau Sedunia di Putrajaya hari ini. - Astro AWANI/FAREEZ AZMAN
Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menggesa semua rakyat Malaysia berperanan dalam memastikan kelangsungan Harimau Malaya di negara ini.
Isteri perdana menteri yang merupakan Penaung Kempen Selamatkan Harimau Malaya itu berkata, peranan tersebut bukan sahaja perlu dipergiatkan oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sahaja, tetapi juga agensi-agensi lain termasuk institusi pendidikan.
Tegasnya, haiwan tersebut yang menjadi lambang kekuatan dan kegagahan negara perlu dijamin kelangsungannya untuk terus kekal relevan di Jata Negara.
“Harimau Malaya ini hanya terdapat di Semenanjung Malaysia sahaja. Ia cantik, kuat, gagah dan lambang kita.
“Kalau kita tidak sama-sama menolong termasuk menerusi Op Belang dan sebagainya, kita hanya dapat tunjuk lambang dalam Jata Negara dan pada baju T pasukan bola sepak negara sahaja.
“Jadi saya menyeru semua agensi, NGO, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), polis, pelajar-pelajar sekolah dan universiti untuk ramai-ramai kita membantu,” katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Harimau Sedunia di sini hari ini.
Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menamakan tiga ekor anak Harimau Malaya berusia tiga bulan yang kini berada di Taman Zoo Negara - WIRA - HEBAT - MELUR @501Awani pic.twitter.com/6Q4KYpaumS
— Harits Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) July 28, 2019
BACA: Selamatkan 'Raja Rimba' daripada kepupusan
Pada majlis sama beliau turut mengumumkan nama rasmi bagi tiga ekor anak Harimau Malaya, iaitu Wira, Hebat dan Melur yang baru berusia tiga bulan yang kini berada di Zoo Negara.
Turut hadir pada majlis hari ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Topic Berkaitan
#Hari Harimau Sedunia
#harimau
#harimau Malaya
#lambang Jata Negara
#NGO
#Op Belang
#pendidikan
#Raja Rimba
#rakyat Malaysia
#Siti Hasmah Mohamad Ali
#Zoo Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan