KUALA LUMPUR:Mesej Tun Rahah Tan Sri Mohamed Noah perlu sentiasa disemat oleh para isteri dalam memastikan kejayaan suami dan kestabilan rumah tangga.
Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim berkongsi amanat dan mesej yang selalu dikongsikan Tun Rahah sepanjang hayatnya.
"Bagaimana isteri kepada seorang perdana menteri menghayati kehidupan.
"Saya masih ingat kata beliau: 'Kita seperti kata adat, harus selangkah di belakang, sehiris di bawah bahu sang suami'.
"Kata-kata beliau ini sejurus sama dengan kata-kata adat yang meminta si isteri bertindak melaksanakan tugas dengan hemah tapi tidak menonjol lebih daripada suami," katanya dalam temu bual bersama Astro AWANI.
Jelas beliau, sifat itu merupakan satu pengajaran yang para isteri pembesar-pembesar harus pikul dan nikmati serta hayati.
"Selain daripada itu, dapat saya katakan, cermatnya beliau dalam menjaga kewibawaan keluarga.
"Ini sukar untuk kita tandingi, beliau tidak suka kepada publisiti dan tidak mengambil berat sama ada namanya disebut atau tidak.
"Namun, nilai sifat-sifat murni yang ada pada beliau tetap tersohor," kata beliau.
Harits Asyraf Hasnan
Sat Dec 19 2020
Saya masih ingat kata beliau: 'Kita seperti kata adat, harus selangkah di belakang, sehiris dibawah bahu sang suami', kongsi Rais Yatim. - Foto Astro AWANI
PM ucap selamat raikan Good Friday, Easter Sunday kepada penganut Kristian
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut hari Good Friday dan Easter Sunday kepada seluruh penganut Kristian.
Singapura rampas 1.5 tan produk segar dan makanan proses dari Malaysia
Kira-kira 1.5 tan produk segar dan makanan diproses yang diimport secara haram dari Malaysia dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA).
AWANI Ringkas: Jumlah hari tol percuma kekal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kemarau: KADA anggar 40,000 tan metrik hasil padi terjejas
Kawasan tersebut sangat kering, mengakibatkan tanah merekah dan tanaman rosak teruk.
Pemuda Dong warisi perniagaan buah kabung
Proses mendapatkan buah yang turut dikenali sebagai buah nau dalam kalangan masyarakat utara itu rumit dan memerlukan kesabaran tinggi.
[KOLUMNIS] Malaysia perlu bijak tangani isu diplomatik, jangan biarkan dibuli negara besar
Sekiranya Malaysia hendak mengekalkan status sebagai sebuah negara berkecuali di samping menjaga kepentingan ekonomi negara, kepimpinan negara perlu untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Ada keperluan pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN
Terdapat keperluan untuk PDRM melakukan pindaan terhadap Seksyen 21 Akta Polis 1967, yang berkaitan dengan tugasan mengiring di jalan raya.
Kegiatan haram di KL: Lebih daripada seorang pegawai kanan polis dipercayai terlibat - Azam Baki
Lebih daripada seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia dipercayai terlibat dalam aktiviti melindungi kegiatan haram di ibu negara, tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Tular titah lama Sultan Nazrin di luar konteks, Pejabat Dewan Negara Perak buat laporan polis
Pejabat Dewan Negara Perak membuat laporan polis berhubung penularan kenyataan berunsur perkauman yang memetik titah diraja Sultan Perak, Sultan Nazrin Shahdalam konteks yang salah.
Bubur pedas, juadah tradisi meriahkan Ramadan di Sarawak
Setiap kali Ramadan, juadah bubur lambuk pasti menjadi 'fenomena' di Semenanjung, sejak sekian lama.
"Tiada agenda politik, hanya hadir kenduri tahlil Tun Rahah" - Mohd Shafie
Mohd Shafie berkata, ketika Tun Rahah meninggal dunia, beliau tidak dapat hadir kerana terlibat dalam sidang DUN Sabah.
Tun Rahah: Kenangan kakak ipar penyayang, penyabar - Tok Puan Zainon
Beliau amat hormati arwah Tun Razak. Beliau juga tak suka pergi beli-belah macam wanita sekarang, suka duduk di rumah.
Mengenang Tun Rahah: Istiadat Pengebumian Negara satu penghormatan istimewa - Najib
Istiadat itu akan menjadi kenangan kepada seluruh keluarga Allahyarham ayahandanya, perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein.
"Selangkah ke belakang, sehiris di bawah bahu sang suami" - Mesej Tun Rahah dikenang
Saya masih ingat kata beliau: 'Kita seperti kata adat, harus selangkah di belakang, sehiris di bawah bahu sang suami'.
Keimanan, ketakwaan Tun Rahah jadi lambang kekuatan - Shahrizat
Walaupun bergelar isteri dan ibu kepada Perdana Menteri, namun Tun Rahah masih mengekalkan sifat kesederhanaan.
TYT Sarawak beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Rahah
Tun Abdul Taib Mahmud meluangkan masa sekitar 30 minit sebelum beredar meninggalkan Masjid Masjid Ar-Rahah, Kerinchi sekitar jam satu tengahari.
Tun Rahah sumber kekuatan, inspirasi rakyat Malaysia - PM Singapura
Allahyarham Tun Rahah Mohamed Noah merupakan sumber kekuatan, keberanian dan inspirasi keluarganya serta seluruh rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.
Mengenang Tun Rahah: Allahyarham cerminan ibu mithali
Perkara itu boleh dinilai menerusi kejayaan kelima-lima anak Allahyarham dimana salah seorangnya merupakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mengenang Tun Rahah: Dr Mahathir, Dr Siti Hasmah beri penghormatan terakhir
Beliau meluangkan masa kira-kira 45 minit sebelum meninggalkan masjid pada pukul 9.50 pagi.
Mengenang Tun Rahah: Malaysia kehilangan seorang wanita hebat - Wakil rakyat DAP
Ketabahan Allahyarham memelihara lima putera selepas pemergian Allahyarham Tun Abdul Razak mempamerkan kegigihannya.