awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op KPDN-SSM: 30 premis di Sri Muda diperiksa, kompaun hampir RM10,000
Lima inisiatif strategik perkasa industri halal, sasar Malaysia sebagai hab halal global - Ahmad Zahid
Deretan kedai di Taman Medan musnah terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor bakal suaikan dasar kemasukan murid tahun satu usia enam tahun sekolah agama

Bernama
Bernama
29/01/2026
06:46 MYT
Selangor bakal suaikan dasar kemasukan murid tahun satu usia enam tahun sekolah agama
Amirudin (foto) berkata JAIS kini sedang dalam fasa menyediakan kerangka berkaitan bagi memastikan pelaksanaan dasar itu dapat dijalankan secara baik di peringkat negeri, khususnya sekolah-sekolah agama di bawah kelolaan jabatan berkenaan. -Foto fail
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor sedang merangka langkah adaptasi bagi sekolah-sekolah di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) susulan pengumuman pelaksanaan kemasukan murid ke tahun satu seawal usia enam tahun bermula tahun hadapan.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata JAIS kini sedang dalam fasa menyediakan kerangka berkaitan bagi memastikan pelaksanaan dasar itu dapat dijalankan secara baik di peringkat negeri, khususnya sekolah-sekolah agama di bawah kelolaan jabatan berkenaan.
"Bahagian pendidikan JAIS akan mengemukakan kertas itu, insya-Allah saya percaya kami akan ada hala tuju yang lebih jelas. Lagipun ketika Ramadan nanti saya akan adakan pemukiman dengan keseluruhan jentera pendidikan negeri.
"Ini akan melibatkan JAIS, pihak jabatan pendidikan negeri, universiti dan sebagainya sebab kami nak tengok bagaimana setiap entiti ini mempunyai saling hubung yang baik dan bermanfaat kepada setiap entiti dan unit tertentu," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian dan Penzahiran Laporan Voluntary Local Review (VLR) Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Shah Alam siri ke-2 di sini hari ini.
Sementara itu, Amirudin yang juga Exco Pendidikan berkata beliau telah mengadakan perjumpaan dengan Jabatan Pendidikan Negeri untuk mendapatkan maklumat terperinci bagi pelaksanaan dasar itu di peringkat Selangor.
"Sudah pasti sekolah kebangsaan, saya pun dengan jabatan pendidikan tadi ada kesan-kesannya tapi kami cuba sesuaikan sebab kesesuaian itu akan dirujuk kepada tempoh waktu belajar ataupun kami boleh buat dua sesi dan sebagainya, yang lebih kritikal adalah berkenaan dengan tenaga pengajar," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amirudin Shari
#sekolah agama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan